Friday, November 25, 2011

Jigsclue: 'Riot': Di dalam dunia ini yang semakin cepat menuju ke arah kehancuran total,adalah penting untuk mengetahui bahawa apa yang berlaku di dunia...
Jigsclue: Islam Liberal: Di dalam dunia yang penuh tipu muslihat ini, kesemua pihak adalah di bawah cengkaman dan pemerhatian Iblis Laknatullah dan kuncu-kuncunya ...
Jigsclue: Armageddon: Jigsclue #05 Armageddon Sejak berabad-abad lamanya,di dalam kitab-kitab tua,ramalan-ramalan,mitos-mitos purba dan ceritera-ceritera da...
Serius Cool - Bahagian Dalam Istana Negara Yang Baru (30 Gambar)
Serius Cool - Iguana 29 : Kapal Dua Alam (12 Gambar)

Thursday, November 17, 2011

Sumber: Petikan daripada http://kadirjasin.blogspot.com/

Dialog Kedai Kopi 2Malaysia

KELMARIN, saya mengadakan dialog kedai kopi 2Malaysia tanpa dirancang dengan seorang kawan yang pernah bekerja di bawah saya di akhbar New Straits Times selama lebih 20 tahun.

Kami pernah diseret ke mahkamah kerana tulisannya mengenai pembekalan kepada Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998.

Saya katakan 2Malaysia kerana kita adalah dua individu daripada dua bangsa berlainan. Dia berbangsa Punjabi dan saya Melayu. Ramai orang Malaysia keliru antara Punjabi dan Benggali. Mereka kerap mencampuradukkannya.

Sebagai penjelasan, Punjabi berasal dari wilayah Punjab di India dan Pakistan. Di India, ada sebuah negeri bernama Punjab yang majoriti penduduknya berbangsa Punjabi dan mereka amnya beragama Sikh. Punjab adalah antara negeri paling maju di negara dan menjadi jelapang gandumnya.

Orang Benggali pula berasal dari negeri Bengal di Teluk Benggala. Mereka daripada berbagai agama, tetapi majoriti adalah Hindu dan Islam.

Orang Punjabi makan capati, orang Benggali makan nasi atau roti. Bila kita kata roti Benggali, ia adalah roti yang pada suatu masa dulu dibuat oleh orang Benggali Islam.

Sebelum saya sebutkan inti pati dialog 2Malaysia dengan kawan Singh itu, eloklah saya membuat penjelasan yang dia nampaknya begitu kuat menyokong Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak. Antara isi kandungan dialog kami ialah:

1. Saya mengesahkan andaian beliau yang saya bukanlah “the Oracle of Syed Putra” aka Pendeta Syed Putera yang kerap dipetik oleh SakmonkolAKA47 aka Mohd. Ariff Sabri Abdul Aziz (Datuk), bekas ADUN BN (Umno) Pekan (2004-08), dalam tulisannya;

2. Tanggapan beliau yang saya akrab dengan Perdana Menteri dan pandangan saya sering diminta oleh beliau adalah meleset;

3. Tidak ada jaringan antara Perdana Menteri dan saya. Hanya seorang dua saja pegawai-pegawai beliau yang, sekali-sekala, bersembang dengan saya, itu pun atas kapasiti peribadi kerana mereka kawan-kawan lama saya;

4. Ramai orang Melayu masih komited dan sayangkan Umno, tetapi mereka mempunyai masalah dengan kepemimpinan parti itu. Istilah benci, menyampah dan meluat kerap digunakan;

5. Kelemahan Umno, perpecahan orang Melayu sejak pilihan raya umum 2008 dan dasar-dasar Kerajaan Pusat BN serta Kerajaan-Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang dilihat sebagai merugikan orang Melayu dan mengancam agama Islam menyebabkan orang Melayu memandang ke arah Raja-Raja mereka;

6. Aktivisme Istana semakin ketara. Raja-Raja Melayu semakin kerap bertindak dan membuat kenyataan ke atas hal-hal berkaitan orang Melayu dan agama Islam yang gagal ditangani oleh kepemimpinan politik atau sengaja digembar-gemburkan untuk tujuan politik;

7. Kalau kepemimpinan Mohd Najib tidak berusaha menangani isu-isu Melayu/Islam dan memahami pemikiran Raja-Raja Melayu, Umno akan mengalami masalah pada pilihan raya umum akan datang, termasuk dalam menentukan kepemimpinan, khasnya di peringkat negeri;

8. Panglima-panglima perang aka warlords Umno masih berleluasa, terus bercakaran dan mempamerkan kehidupan mewah, boros dan disyaki (baru jadi Senator, dah buat rumah ibarat istana);

9. Tidak mustahil Kerajaan-Kerajaan Negeri PR enggan membubarkan DUN kalau PRU diadakan terlalu awal. Taktik mencetuskan kekeliruan adalah senjata berkesan bagi PR;

10. Dalam pada itu, Perdana Menteri mungkin terdesak untuk mengadakan PRU sebelum pertengahan tahun hadapan kalau beliau berharap untuk meraih manfaat daripada janji-janji Belanjawan 2012 dan mengelak daripada prospeks ekonomi global yang kacau-bilau;

11. Wujud kebimbangan dan ketidakpastian di kalangan pelabur, khasnya pelabur besar, terhadap ekonomi pasca-PRU ke-13, apatah lagi sekiranya ditakdirkan BN kalah. Ramai pelabur, sama ada telah “membekukan sementara” pelaburan atau membawa keluar modal mereka;

12. Antara petanda trend ini adalah kegiatan “taking private” syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia oleh pemegang saham majoriti mereka dan kurangnya kegiatan tawaran permulaan awam (Initial Public Offering/IPO). Terbaru dalam kegiatan “taking private” ini ialah tawaran billionaire Robert Kuok “menghakmilik-peribadikan” Jernih Insurance Berhad;

13. Kata kawan saya itu, Perdana Menteri tidak akan bertolak-ansur mengenai penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Secara peribadi saya tidak menyokong pemansuhan ISA dan penghapusan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik; dan

14. Akhir sekali, saya kata saya sangat bimbang Malaysia akan menjadi negara yang "dicintai" hanya oleh orang miskin yang tidak dapat lari ke mana-mana, sedangkan orang berharta cabut dengan modal mereka ke luar negara ibarat habis manis sepah dibuang. Wallahualam.