Saturday, November 03, 2007

Tanggapan umum orang barat terhadap masyarakat Melayu zaman kolonial

Tulisan terawal tentang orang Melayu telah ditulis oleh Tome Pires. Menurut beliau, mereka (orang Melayu) adalah bangsa yang pencemburu kerana para isteri orang-orang penting tidak pernah telihat dimuka umum.

- seorang pegawai Portugis telah menghuraikan penampilan dan pakaian orang Melayu seterusnya beliau menyatakan bahawa kebanyakan mereka menyenangkan, nakal dan sanggat ceroboh. Mereka juga berakal dan cerdas tetapi mengabaikan pelajaran dan sastera. Beliau juga membandingkan perlakuan golongan bangsawan dengan rakyat biasa. Menurutnya para bangsawan mengisi waktu dengan menyabung ayam dan muzik

- John Francis Gamelli Careri yang datang ke Melaka pada 1665 beliau menyatakan orang-orang Melayu (Minangkabau) yang beragama Islam adalah para pencuri yang handal

- DE Vellez Guirrero seorang kapten Portugis menyatakan orang Melayu biadap.

- Francois Valentyn (Belanda) yang menyatakan orang Melayu lincah, lucu, cerdik, berbakat dan yang paling sopan santun dari dunia timur.

Imej Orang Melayu dimata Inggeris pada akhir abad ke-19 dan abad ke-20

- Sweettenham adalah sama yang diutarakan oleh Raffles. Tetapi beliau telah menambah iaitu orang Melayu mempunyai sifat enggan bekerja dan sorang Muslim yang fatalis yang sangat mempercayai tahayul disamping itu orang-orang Melayu juga mempunyai ciri-ciri kesetiaan khususnya kepada pemerintah, ramah tamah, bermurah hati tetapi mempunyai sifat boros.

- Bagi Clliford beliau membandingkan masyarakat Melayu pantai barat dengan pantai timur. Penduduk dipantai barat dianggap bodoh, lemah dan beradab manakala masyarakat Melayu pantai timur kurang beradab. Seterusnya Clifford membandingkan masyarakat Melayu Terengganu dan Pahang, menurut beliau orang dari Pahang berfikiran maju tentang ketenteraan suka bercinta dan gemar bersabung ayam. Ini menampakkan masyarakat ini tidak beragama tidak intelek dan anggkuh. Mereka juga sanggup memberi kesetiaan luar biasa kepada para pemimpin. Manakala tentang masyarakat Melayu Terengganu beliau menyatakan bahawa mereka ini sukakan kedamaian dan suka bekerja tetapi kurang memberi kesetiaan kepada pemerintahan.

- Lantah ini berlaku tanpa disedari. Orang yang melatah suka meniru gaya orang yang mengusiknya dan sering disertai bahasa yang tidak sopan ada kalanya latah ini berlangsung selama berjam-jam sehingga orang yang melatah keletihan

- Sir Richard Winsted -ketidakaslian dikalangan masyarakat Melayu, kebanggaan terhadap bangsa mereka. Kemampuan menyesuaikan diri dan yang pentingnya jolokan kemalasan.

Konsep kerajinan dan kemalasan di kalagan orang Melayu

- Para penulis kolonial Eropah senang sekali membicarakan peristiwa sensasi tentang kehidupan peribumi sebagai sebahagian daripada berbagai-bagai usaha mereka untuk menggambarkan sifat masyarakat peribumi. Dalam hal ini, ilmuan kolonial amatur yang cenderung membuat berbagai-bagai penilaian yang tidak berasas tentang masyarakat peribumi, sejarah, kebudayaan dan agamanya.

- Raffles juga mempunyai ciri pembawaan yang lain iaitu menganggap bahawa orang Melayu itu malas contohnya ketika mempunyai beras mereka tidak bekerja kerana tiada rangsangan untuk terus mencari rezeki. Selain itu beliau juga menyatakan bahawa orang Melayu suka membalas dendam. Keris telah diggunakan sebagai alat perkelahian. Orang Melayu juga peka terhadap hinaan dan benci pada perdamaian yang dipaksakan oleh pihak lain.

- menganggap Islam alat pemecah belah persatuan suku Melayu. Ia menganggap masyarakat Melayu dahulu tentulah satu bangsa, berbicara satu bahasa memelihara watak dan adat istiadat mereka semua negara kepulauan yang mencakupi Filipina, Sumatera dan Irian Barat. Disini menurut beliau agama Hindu dan Islam menyababkan kepelbagaian yang lebih jauh kesanya mengakibatkan tidak ada sistem undang-undang yang diterapkan dengan baik dan seragam. Dalam hal ini jika Raffles benar-benar seorang ilmuan sejati, sudah tentu ia dapat membezakan perbezaan suku, bahasa, politik, dan agama masyarakat Melayu telah ada jauh sebelum pengIslaman daerah tersebut.

Kesimpulan

- Kemalasan yang dilabelkan kepada peribumi Melayu adalah tidak berasas. Penjelasan ini jelas terbukti melalui beberapa pandangan tokoh yang dimuatkan dalam buku-buku mereka. Sebelum itu perlu dijelaskan bahawa sesungguhnya penulis kolonial Eropah sememangnya amat senang sekali membicarakan tentang peristiwa sensasi, mengembar-gemburkan kemalasan peribumi Melayu di Asia semata-mata untuk mengangkat martabat bangsa Eropah itu sendiri. Kenyataan ini demikian sifatnya, lantaran mereka hanya melihat kemalasan itu dari aspek yang sempit sahaja. Dalam hal ini mereka seharusnya memandang secara global sebelum melabelkan kemalasan itu. Dalam hubungan ini, sifat malas itu merupakan fitrah semulajadi yang ada pada setiap manusia

Ini adalah sebahagian ringkasan daripada kerja-kerja saya. Rujukan yang saya gunakan tidak dinyatakan sebab saya malas nak mencari kembali. Cuma disini saya nak minta pendapat anda pula bagaimana dengan zaman sekarang?

Sunday, October 07, 2007


Sedikit pandagan dan ringkasan folklor untuk pengetahuan umum berdasarkan buku: Danandjaja, James. 1968. Folklor Indonesia: Ilmu gossip, dongeng dan lain -lain. Jakarta: Pustaka Grafitifers.

Erti folklor lebih luas berbanding erti tradisi lisan kerana ia mencakupi cerita rakyat, teka-teki, peribahasa sedangkan folklor seperti tarian rakyat dan artistektur rakyat. Istilah ini sudah menjadi istilah internasional dan mencakup dua kata iaitu folk dan lore. Folk adalah sekelompok orang yang mempunyai ciri fizikal, sosial dan kebudayaan sehinggakan dapat dibeza dengan kelompok yang lain. Lore pula sebahagian tradisi folk yang diwarisi secara turun temurun dan lisan melalui satu contoh gerak syarat. Folklor sebagai kebudayaan petani desa sedangkan kebudayaan orang luar ialah kebudayaan primitif disebabkan kebudayaan petani desa lebih rendah daripada kota. Sebenarnya erti folk lebih luas bukan hanya petani desa sahaja. Folk juga sekelompok orang yang memiliki ciri kebudayaan yang berbeza dengan kelompok yang lain disebabkan itu folklor masyarakat jadi luas. Contohnya kita bukan sahaja mempelajari folklor orang yang kulit berwarna cokelat malah yang lain juga seperti warna kulit hitam, putih asalkan mereka dalam warga yang sama. Begitu juga dengan kepercayaan, mata pencarian hidup bagi golongan petani, nelayan, pedagang, penternak, pemain sandiwara, guru sekolah, tukang beca dimana mempunyai kebudayaan yang berbeza. Begitu juga dari bahasa dimana disetiap dalam negara terdapat pelbagai kaum yang mempunyai pelbagai bahasa dan juga dari segi agama seperti Islam, Katoloik, Hindu dan sebagainya yang mempunyai pelbagai ciri kebudayaan. Semua folklor dari rakyat yang ada di pusat atau daerah, kota atau desa asalkan mereka tahu identiti kelompok dan kebudayaan mereka.

Folklor adalah bentuk penyebaran secara lisan iaitu melalui tutur kata dari mulut ke mulut dan ia juga bersifat tradisional yang disebarkan dalam bentuk relatif tetap. Folklor juga ada dalam versi-versi yang berbeza-beza kerana penyebaran secara lisan dan akibat daripada sesetengah pencerita yang menceritakan sesuatu cerita akan mengalami proses lupa diri yang mudah mengalami perubahan pada bahagian luar dan juga nama pencipta sesebuah cerita itu juga kita tidak ketahui menyebabkan folklor itu menjadi milik bersama dalam masyarakat. Folklor juga bentuk berumus atau berpola seperti menggunakan kata klise bagi mengambarkan sesuatu, contohnya bunga yang berbau wangi untuk menggambarkan seorang gadis yang cantik yang merupakan salah satu ungkapan tradisional. Selain itu, ia juga mempunyai kegunaan dalam kehidupan bersama sebagai alat mendidik kepada masyarakat, pelipur lara dan untuk meluangkan masa bagi golongan tertentu seperti sesudahnya melakukan kerja. Istilah culture pula telah dipergunakan dalam erti kebudayaan yang lebih umum berbanding dengan folklor yang lebih khusus dan ia diperkenalkan 19 tahun lebih lambat daripada istilah folklor. Istilah folklor masih timbul pertentangan disebabkan banyak pendapat. Antaranya berpendapat folklor bukan sahaja kesusasteraan lisan seperti cerita rakyat malah pola atau hasil kelakuan manusia dan lebih mementingkan aspek lor daripada folk. Walaupun folklor diterbitkan dalam bentuk cetakan atau rakaman namun ia tetap berasal dari peredaran lisan.

Thursday, August 30, 2007


MPP tak setuju kuasa autonomi

Oleh Irwan Shafrizan Ismail

KUALA LUMPUR: Beberapa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mahu keputusan pemilihan naib canselor dan ahli lembaga pengarah dibuat Kementerian Pengajian Tinggi bagi mengelakkan isu berbangkit sekiranya kuasa autonomi diberikan sepenuhnya kepada IPTA.

Presiden MPP Universiti Malaya (UM), Afandy Sutrisno Tanjung, berkata sebarang keputusan dilakukan kementerian akan dianggap muktamad dan tidak akan dipersoalkan, sebaliknya jika keputusan dibuat IPTA bimbang menimbulkan ketidakpuasan hati sesetengah pihak.


“Seeloknya penilaian pemilihan dibuat universiti dan kemudian nama calon dihantar kepada kementerian untuk dipertimbang dan sebarang keputusan dibuat mereka pasti tidak akan dipertikaikan.

“Pemberian kuasa autonomi ini bagus untuk universiti membuat keputusan sendiri dan MPP menyokong penuh usaha kerajaan, namun untuk pelantikan naib canselor ini perlu pembabitan kementerian,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini semalam.

Akhbar semalam melaporkan IPTA bebas memilih naib canselor dan ahli lembaga pengarah menerusi pemberian kuasa autonomi, yang akan dilaksanakan secara berperingkat dalam proses transformasi dan pembaharuan pengajian tinggi negara.

Selain itu, IPTA boleh membuat keputusan sendiri untuk menambah profesional asing, meningkatkan dana universiti menerusi penyediaan tabung khas dan pemilihan pelajar antarabangsa.

Menjelaskan pemberian kuasa autonomi itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed, berkata buat permulaan kuasa autonomi itu akan dinikmati satu atau dua universiti apex, iaitu kelompok universiti elit, yang akan dipilih selewat-lewatnya sebelum September tahun depan.

Presiden MPP Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Mazwan Murad, berkata pemberian kuasa autonomi termasuk kebebasan memilih naib canselor ada baik dan buruknya.

“Kuasa autonomi pasti dapat meningkatkan martabat universiti ke tahap kelas dunia, selain menzahirkan misi dan visi universiti.

“Cuma yang dikhuatiri kuasa autonomi ini digunakan sesetengah pihak untuk kepentingan diri sehingga membelakangkan hak pelajar dan matlamat universiti semata-mata ingin merebut jawatan,” katanya.

Beliau berkata, satu badan induk perlu ditubuhkan pada setiap universiti bagi mengkaji dan mengawal pelaksanaan kuasa autonomi supaya individu yang dilantik ke jawatan tertentu mempunyai kredibiliti.

Presiden MPP Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Azli Ramli, berkata satu unit kawal selia diperlukan supaya sebarang keputusan yang dibuat dapat dinilai secara menyeluruh tanpa sebarang kesilapan.

“Jangan apabila keputusan dibuat, apa perkara yang terlepas pandang sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati pelajar dan pensyarah,” katanya.

Presiden MPP Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Mohd Izwan Shahril, berkata hanya kementerian mempunyai dasar dan perlu memainkan peranan dalam soal tertentu.

“Saya kurang bersetuju untuk beberapa perkara dalam pemberian kuasa autonomi kerana mahu kerjasama seimbang antara IPTA dan kementerian. Bagi suara pelajar, kami mahu pemilihan diputuskan pihak atasan (kementerian) bagi mengelak menimbulkan isu,” katanya.

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah, berkata kuasa autonomi di universiti sepatutnya diberi lebih awal bagi mengurangkan kerenah birokrasi dan kongkongan.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Nasional/20070

Wednesday, August 29, 2007


Aspirasi: Bahtera merdeka satu pelayaran

DUA hari lagi, negara akan menyambut perayaan ulang tahun ke-50 kemerdekaan yang menandakan sudah setengah abad Malaysia ditadbir rakyat sendiri. Rata-rata di setiap ceruk rantau negara ini boleh dikatakan rakyat sudah bersiap sedia dengan sambutan masing-masing, sama ada pada peringkat nasional, negeri, daerah mahupun kampung.

Sayangnya, bagi generasi baru hari ini, agak sukar menggambarkan gembiranya rakyat negara pada saat-saat menunggu ketibaan 31 Ogos 1957. Kegembiraan rakyat sebenarnya bermula apabila wujud kerjasama menerusi Perikatan antara Umno, MCA dan MIC bagi merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan membolehkan beberapa rombongan dihantar ke London untuk berunding.

Pada Januari 1956, satu rombongan diketuai Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan empat wakil Raja Melayu serta empat wakil Perikatan pergi ke London untuk berunding dengan British. Pada 8 Februari 1956, kerajaan Inggeris bersetuju memberi kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu menerusi Perjanjian London.

Mengikut perjanjian, kerajaan Persekutuan terpaksa menerima beberapa syarat ditetapkan British. Bagi mana-mana negara merdeka, perkara yang menjadi keutamaan ialah soal undang-undang negara. Bagi menggubal Perlembagaan Persekutuan sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen, Suruhanjaya Reid ditubuhkan dipengerusikan Lord Reid dan dianggotai Sir Ivor Jennings (United Kingdom), Sir William Mc Kell (Australia), B Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan).

Isu penting dibincangkan sebagai sebahagian daripada Perlembagaan Negara ialah mengenai kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu dan orang Melayu. Orang Melayu menerusi Umno pula menerima taraf kerakyatan kepada orang asing menerusi prinsip Jus Soli (pemberian taraf kerakyatan secara automatik mengikut tempat lahir). Masyarakat Cina menerusi MCA dan India menerusi MIC, menerima status hak keistimewaan orang Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Sejarah sudah pun berlalu. Kesannya, negara sudah merdeka dan ditadbir sendiri rakyat tempatan. Allahyarham Tunku Abdul Rahman memikul tanggungjawab ini untuk menentukan arah haluan negara sebagai Perdana Menteri pertama. Sudah tentulah cabaran yang terpaksa dihadapinya amat besar. Beliau terpaksa berdepan dengan golongan pro-British, terutama mereka yang mendapat faedah daripada pemerintahan kerajaan British. Ini tugas amat berat kerana hingga hari ini pun pemikiran penjajah masih wujud.

Selain itu, beliau perlu mengubah pemikiran rakyat supaya memahami erti kemerdekaan seterusnya memajukan diri sebagai bangsa merdeka. Dari segi politik pula, beliau berdepan dengan pertentangan terhadap sistem dan dasar serta peraturan termaktub dalam Perlembagaan negara.

Contohnya, Kesatuan Perdagangan Cina Persekutuan Tanah Melayu menentang ‘Hak Istimewa Orang Melayu’. Segala-galanya terpaksa dihadapi dengan berhati-hati kerana bagi sebuah negara merdeka yang masih muda ketika itu, segala-galanya dianggap sebagai ujian. Tambahan pula, apa juga tindakan dan keputusan kerajaan, diperhatikan kuasa asing, terutama negara bekas penjajah.

Sebagai Perdana Menteri, Allahyarham Tunku Abdul Rahman juga adalah Presiden Umno, tradisi yang diteruskan hingga kini. Sebagai Perdana Menteri, beliau terpaksa bersikap adil kepada rakyat, yang membolehkan beliau menubuhkan parti Perikatan. manakala sebagai pemimpin parti Melayu, beliau perlu berjuang untuk memastikan apa juga keistimewaan dan hak orang Melayu terpelihara.

Sikap dan dasar beliau dalam soal merapatkan jurang perkauman diteruskan sekarang. Dalam tempoh 13 tahun sebagai Perdana Menteri (1957-1970), amat sukar bagi Allahyarham Tunku Abdul Rahman untuk memenuhi segala tuntutan rakyat yang datangnya dari pelbagai sudut. Pada peringkat awal kemerdekaan, negara menghadapi ancaman komunis. Hingga ke satu peringkat, Allahyarham Tunku Abdul Rahman sendiri berunding dengan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.

Dengan bantuan Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein sebagai timbalannya, banyak perkara dapat dilaksana. Dari segi pendidikan, Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Abdul Razak tidak pernah bertolak ansur dalam memberi didikan kepada anak bangsa. Malah, ia menjadi tugas keutamaan. Banyak sekolah dibuka bagi memastikan kemerdekaan turut memberi peluang mendidik anak bangsa dan membolehkan mereka menuntut ke peringkat paling tinggi, sama ada di Universiti Malaya atau di luar negara dalam bidang yang boleh menyumbang kepada erti kemerdekaan kepada negara.

Berikutan Peristiwa 13 Mei 1969, Allahyarham Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan dan Allahyarham Tun Abdul Razak mengambil alih pentadbiran kerajaan. Sebelum itu, Allahyarham Tun Abdul Razak adalah Pengarah Majlis Gerakan Negara (Mageran) yang ditubuhkan ketika darurat berikutan peristiwa berdarah itu.

Ketika pentadbiran Allahyarham Tun Abdul Razak, semangat Perikatan diperluas kepada parti lain di Semenanjung, Sabah dan Sarawak menerusi Barisan Nasional (BN). Pas juga pernah menganggotai BN. Bagi meneruskan tugasnya sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak mula memikirkan soal kemakmuran dan ekonomi. Walaupun ketika mengambil alih pentadbiran negara, masih terlalu banyak tugas terpaksa dilakukan serentak, beliau menyelesaikannya satu demi satu dengan teratur.

Beliau adalah orang yang bertanggungjawab membuka tanah rancangan untuk pertanian. Felda adalah ilham Allahyarham Tun Abdul Razak yang diikuti dengan Felcra, Risda dan pelbagai tanah rancangan lain. Satu dasarnya yang kontroversial, tetapi diterima sebagai satu dasar komprehensif ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang terus diperkatakan sehingga hari ini.

Pada masa pentadbirannya jugalah Petronas yang menjadi sebuah syarikat terkemuka di dunia. Ketika pentadbiran beliau jugalah, hubungan diplomatik dengan China diwujudkan, di samping negara lain yang menjadi sahabat kepada Malaysia hingga ke hari ini, terutama di rantau Asia. Allahyarham Tun Razak mungkin mempunyai pandangan berbeza ketika itu kerana beliau sedar pentingnya hubungan negara dengan China dalam konteks perniagaan dan politik negara.

Tanggapan Allahyarham Tun Abdul Razak amat tepat sekali kerana China kini muncul sebagai sebuah kuasa dunia dan digeruni oleh kuasa dunia yang lain. Allahyarham Tun Abdul Razak meninggal dunia di London pada 14 Januari 1976 akibat leukemia. Beliau diganti Allahyarham Tun Hussein Onn. Ketika menjadi timbalan kepada Allahyarham Tun Abdul Razak, beliau banyak membantu mentadbirkan negara. Apabila mengambil alih pentadbiran, beliau memberi tumpuan kepada soal perpaduan yang ketika itu masih rapuh. Allahyarham Tun Hussein boleh melakukannya kerana pembangunan diperlukan rakyat pada ketika itu sudah disusun dengan baik dan berjalan dengan lancar.

Dengan beranggapan bahawa pembangunan akan membawa kepada kehancuran jika tidak wujud perpaduan kaum, Allahyarham Tun Hussein mengambil masa agak lama untuk memberi tumpuan tugasnya kepada perpaduan rakyat agar terus wujud di negara ini. Apabila Allahyarham Tun Hussein meletakkan jawatan atas sebab kesihatan, tampuk pentadbiran negara diambil alih Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1981.

Apabila menjawat jawatan nombor satu pentadbiran negara itu, Dr Mahathir melakukan beberapa perubahan radikal. Bertepatan dengan era perindustrian ketika itu, Dr Mahathir bergerak mengikut zaman dan menggalakkan negara membabitkan diri dalam projek perindustrian hinggalah kepada pembinaan kilang kereta nasional, di samping membawa masuk pelabur dari serata dunia untuk menanam modal di negara ini. Dengan suasana ekonomi menggalakkan, beliau berjaya membangunkan negara dengan menyediakan pelbagai kemudahan dan kelengkapan untuk memudahkan negara bergerak lebih pantas termasuklah kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Cyberjaya.

Selepas Dr Mahathir meletakkan jawatan, tempat beliau diambil alih Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dianggap tokoh yang mampu mengimbangi antara kemajuan fizikal dan rohani masyarakat. Dengan semangat untuk meneruskan pembangunan negara menerusi pelbagai projek ekonomi pembangunan wilayah, Abdullah memberi penekanan kepada soal pembangunan modal insan.

Beliau mempunyai pandangan jauh mengenai kepentingan modal insan kerana tanpanya, jentera negara akan pincang apabila rakyat tidak mempunyai keperibadian tinggi.

Segala-gala yang dilakukan empat perdana menteri terdahulu dan Abdullah hari ini adalah saling lengkap-melengkapi ke arah usaha mengisi kemerdekaan negara.

-Datuk Dr Mohd Radzi Abdul Latif adalah Presiden Yayasan Kajian

dan Strategi Melayu (YKSM)

Thursday, August 23, 2007

Rakaman RTM ‘Talk Show’ bersama remaja di Bumbu Bali pada 23/08/2007

Pengacara:Terence Joseph Dass
3 panel yang terlibat:
Pauline Lim(Pegawai Eksekutif)Lee Chong Wei(Atlet Badminton Negara)Mazuwan Murad(Ketua Perwakilan Pelajar UKM)



Lepas "touch up"


Penerangan dari Penerbit


Berborak


Setting Recoding


In your opinion, What is the meaning of independent??


Tamat sudah

Saturday, July 28, 2007

Islam makin bersinar di Eropah
Oleh Nurul Axlina Kamaludin

Beratus-ratus masjid baru dibina ketika banyak gereja terbiar


BENUA Eropah yang menjadi antara lubuk sentimen Islamphobia yang dihangatkan lagi dengan rentetan cubaan serangan terbaru di Britain, baru-baru ini, sebaliknya semakin diterangi sinar Islam menerusi projek pembinaan beratus-ratus masjid baru.

Setakat ini, di Britain saja ada sebanyak 1,500 masjid manakala 10 di Perancis, lapan di Sweden, empat di Hungary dan dua di Russia termasuk Masjid Qolsharif di Tatarstan yang menjadi masjid terbesar Eropah pada masa ini.

Projek pembinaan masjid baru dari Jerman ke Sepanyol dan Britain, sekali gus membuktikan keberanian masyarakat Muslim menonjolkan identiti sebenar mereka, tanpa perlu rasa takut mahu pun terancam dengan perkembangan di sekeliling mereka.

Lebih menarik, jika dulu mereka terpaksa secara rahsia menunaikan solat di bilik gelap di bahagian paling bawah bangunan kerana bimbang dicemuh, keadaan sekarang sebaliknya.

Mereka yang kebanyakannya golongan pendatang dari Turki dan Afrika Timur, bukan setakat berani keluar masuk masjid, malah bekerjasama mengumpul dana dan bersatu hati menghadapi sebarang dugaan bagi memastikan masjid yang diingini dapat menjadi satu realiti.

Malah, seperti dilaporkan media Barat baru-baru ini, kehadiran kubah masjid terbesar di Jerman misalnya, semakin menenggelamkan menara gereja – petunjuk keyakinan baru ke atas Islam ketika gereja pula semakin terbiar di negara Eropah itu.

Di Jerman saja, sehingga 184 masjid baru kini dalam proses pembinaan termasuk di daerah Kreuzberg, Berlin.

Keadaan jauh berbeza jika dibandingkan bertahun-tahun lalu apabila 180 rahib kumpulan Katolik Sisters of the Divine Savior diibaratkan sebagai nadi di bandar itu. Malangnya, hari ini mereka cuma tinggal 8 orang.

Setiap minggu, purata 150 penganut Roman Katolik menghadiri perhimpunan di Gereja Liebfrauen berbanding kira-kira 3,000 Muslim memenuhi Masjid Yavuz-Sultan-Selim.

Sejak pembukaannya pada 1995, kehadiran kedai dan pusat belia Muslim menjadi ‘besi berani’ bagi kalangan penduduk Islam.

Di sekitar Eropah, Islam yang juga agama paling pesat berkembang, semakin ketara dan jelas kewujudannya berbanding satu ketika dulu apabila ia diamalkan secara senyap-senyap.

Perubahannya bukan menyentuh aspek seni bina pada bandarnya, tetapi juga nilai sosial masyarakat setempat.

Dalam apa dirujuk sebagai lambang integrasi Muslim, fenomena kemunculan ketara Islam ini turut dilihat sebagai bukti yang dunia Islam jelas mengancam budaya Kristian Eropah.

“Masyarakat Muslim sudah berani keluar menonjolkan diri mereka yang sebenarnya,” kata Claus Leggewie, pakar Sains Politik Universiti Giessen, Jerman.

Kenyataannya itu berdasarkan kajiannya mengenai evolusi landskap dan binaan masjid di Jerman.

“Menerusi projek pembinaan masjid yang besar sedemikian, mesej yang mahu disampaikan (umat Islam) adalah kami di sini. Kami mahu menjadi sebahagian landskap simbolik Jerman. Kami ada di sini dan akan terus kekal di Jerman,” kata Leggewie.

Pembinaan masjid besar dari Cologne, Jerman sehingga ke Amsterdam (Belanda) dan Seville, Sepanyol, berdepan bantahan keras penduduk dan pemimpin tempatan yang mendakwa ia lubuk menghasilkan pengganas.

Lebih menyedihkan, apabila ada kalangan umat Islam yang meragui pembinaan masjid itu. Ini dibuktikan dengan kenyataan ahli keluarga dua suspek keganasan di Glasgow, Scotland yang mendakwa suspek itu dilatih menjadi radikal oleh kumpulan pendakwah Tablighi Jamaat (Jemaah Tabligh) – kumpulan sama yang sedang hebat memperjuangkan hak bagi pembinaan kompleks Masjid Besar London di tanah seluas 18 ekar. Malah, pembinaannya berhampiran stadium Olimpik 2012, juga bakal mencatat sejarah sebagai masjid terbesar Eropah.

Kewujudan bangunan seumpamanya jelas berbeza daripada ruang bawah tanah gelap dan kecil yang menjadi tempat jemaah seperti Halif Kuzpinar menunaikan solat Jumaat, sejak 33 tahun lalu selepas dia berhijrah dari Turki ke kawasan di Frankfurt, Jerman.

Siapa sangka, pergerakan Islam yang dianggotainya itu dapat membeli sebuah pasar raya di penempatan bandar Wiesbaden, di tengah Jerman.

“Di sini ada tempat letak kereta, pusat kanak-kanak dan untuk golongan belia. Kami mahu mewujudkan pusat setempat bagi membolehkan orang ramai melihat apa yang sebenarnya kami lakukan di sini,” kata Kuzpinar.

Berikutan kewujudan tempatnya sendiri, Mili Gorus – sebuah pertubuhan hak asasi Islam Turki yang dipantau kerajaan Jerman, mahu memiliki sesuatu yang tidak pernah dikecapinya iaitu pengiktirafan rakyat di negara yang sudah menjadi tanah air mereka.

Namun, usaha murni itu berdepan bantahan keras. “Ia sepatutnya dijual sebagai sebuah pasar raya, bukannya masjid,” kata Wolfgang Kopp, pemilik pangsapuri di seberang premis itu.

Beliau bersama jiran lain, berjaya menghalang usaha menjadikan bangunan pasar raya itu kepada masjid, tetapi hanya untuk sementara waktu.

Ini disebabkan, Perlembagaan Jerman jelas menyatakan semua agama boleh memiliki tempat ibadatnya sendiri.

Sejak menjejakkan kaki di Jerman, golongan pendatang seperti Kuzpinar, terpaksa bersolat di bilik gelap yang menjadi simbol kegelapan masyarakat Islam yang tersepit di antara kebebasan mengamalkan agama serta budaya masyarakat setempat di negara yang menjadi tanah air mereka.

Kini, generasi ketiga yang semakin berjaya, saling berusaha dalam projek pembinaan masjid yang lengkap dengan menara. Jika 10 tahun lalu cuma wujud sebilangan kecil saja masjid, Jerman kini menyaksikan 159 masjid manakala 184 projek pembinaan masjid baru, mengikut Institut Arkib Islam Jerman.

Aachen, bandar Jerman yang didiami 257,000 penduduk di sempadan Belgium dan 9 peratus masyarakatnya beragama Islam, baru saja memberi kelulusan pembinaan masjid besar.

“Ia petanda yang masyarakat Muslim menjadi sebahagian anggota penting masyarakat,” kata Datuk Bandarnya, Jurgen Linden.

Kata-katanya terbukti benar apabila Islam yang ingin ditonjolkan sebagai agama pengganas, sebaliknya semakin hari semakin mendapat tempat di hati ramai anggota masyarakat – tanpa perlu kempen besar-besaran mahupun mencela agama lain yang sudah bertapak kukuh di negara Eropah terbabit.

Hasil kerjasama dan kesabaran di kalangan Muslim sudah cukup menjadi bukti keagungan Islam sebagai agama keamanan dan kemunculan kubah masjid mengatasi menara gereja di Jerman hanyalah antara permulaan awal kebangkitan sinar Islam di bumi Eropah.
Universiti perlu perkenalkan IPS Keamanan Islam
Oleh Hasliza Hassan

Bukan Muslim patut didedah mengenai ketegasan Islam menentang keganasan

ANCAMAN keganasan yang didakwa dilakukan oleh orang Islam sering kali dipaparkan pada muka depan akhbar tetapi apabila ketegasan Muslim menentang keganasan pula, ia jarang sekali menarik perhatian.

Pensyarah Institut Pendidikan dan Penyelidikan Imam Khomeini, Iran, Dr Muhammad Legenhausen, berkata begitu juga reaksi ganas Muslim terhadap serangan terhadap agama mereka, menjadi berita yang bernilai.

Katanya, amat malang protes atau tindak balas yang dilakukan secara aman sering diabaikan. Kesannya bukan saja menyebabkan salah faham mengenai Islam kepada dunia Barat, malah menimbulkan salah faham mengenai agama Islam di kalangan umatnya sendiri.

“Salah faham itu menjadi cabaran kepada dunia Islam dan cabaran itu disebabkan kurang pengetahuan mengenai Islam. Tindakan membetulkan salah faham itu tidak akan berjaya hanya dengan menekankan bahawa Islam adalah agama keamanan sebaliknya, masyarakat Islam dan bukan Islam perlu didedahkan dengan asas ajaran Islam.

“Seperti agama lain, Islam tidak menghalang keganasan atau penggunaan kekuatan secara mutlak, tetapi semua tindakan itu boleh dilakukan dengan syarat yang ketat. Namun, pelampau Islam beranggapan ia dibolehkan kerana tiada jalan penyelesaian lain.

“Menurut mereka hanya melalui keganasan akan mencapai apa yang dihajatkan dengan merujuk kepada peperangan yang dilalui Rasulullah SAW bersama sahabat untuk membolehkan mereka menentang menggunakan keganasan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Mekanisme dan Inisiatif Untuk Menghapuskan Ekstremisme, Keganasan, Kekerasan Jenayah dan Peperangan pada seminar Peranan Negara Islam Dalam Dunia Global di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Justeru katanya, pendidikan mengenai Islam perlu menitikberatkan penggunaan kekerasan hanya dibenarkan dalam keadaan tertentu, kerana masih ada pilihan lain dalam menyelesaikan masalah selain menggunakan kekerasan.

Hakikatnya, kekerasan tidak akan menyelesaikan masalah, penggunaan senjata moden juga lebih memudaratkan, kerana menyebabkan golongan tidak berdosa turut menerima akibatnya dan kumpulan pelampau yang menganjurkan keganasan tidak mempunyai kuasa dalam bidang agama.

Dr Muhammad berkata, walaupun pelbagai usaha dilakukan banyak pihak, masih sukar untuk menangani masalah keganasan dan mendidik golongan muda supaya menentang serta menyebarkan keganasan.

Justeru, beliau mencadangkan universiti dan pusat pengajian di negara Islam memperkenalkan Pengajian Keamanan Islam (IPS) yang membabitkan pengajian mengenai punca, cara penyelesaian dan alternatif kepada keganasan berdasarkan sains tradisional Islam serta penyelidikan moden.

Katanya, pelajar IPS juga perlu didedahkan dan menguasai ilmu fiqh (undang-undang), hadis, tafsir al-Quran, sejarah Islam, prinsip Islam dan psikologi yang dikaitkan secara khusus kepada isu keganasan serta cara merawatnya.

“IPS juga perlu memasukkan undang-undang dunia, hubungan antarabangsa, sains politik, sosiologi, pendidikan konflik, sejarah ketenteraan dan ekonomi. Tujuannya untuk mengkaji punca serta cara mencegah keganasan oleh kumpulan, individu atau negara,” katanya.

Selain itu katanya, IPS boleh memasukkan pendekatan dalam bidang hak asasi Islam, pembangunan dan pendidikan alam sekitar, keselamatan serta kesedaran media dengan berpandukan al-Quran dan hadis.

Katanya, graduan IPS boleh bekerja sebagai duta, kakitangan kerajaan, penyelidik polisi dan penasihat kepada agensi kerajaan, profesional dalam bidang keamanan serta pendidik pada peringkat antarabangsa yang menggalakkan pembangunan dan keamanan.

Dr Muhammad berkata, negara Islam juga perlu mewujudkan Pertubuhan Keamanan Islam (IPO) bagi menamatkan keganasan yang sering dikaitkan dengan Islam dan boleh diletak serta diselaraskan melalui Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

Beliau berkata, selain menamatkan keganasan, IPO boleh dijadikan tempat untuk membina jaringan keamanan pada peringkat akar umbi serta berfungsi sebagai pendamai, memulihkan keadilan dan membina keamanan jangka panjang.

Katanya, IPO perlu bekerjasama dengan agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan antarabangsa serta kumpulan setempat dengan memberi tumpuan kepada peranan pemimpin agama dan pihak berkuasa untuk mempromosikan pembangunan keamanan Islam.

“IPO bukan pasukan pengaman tetapi lebih mendekati dan memantau kemajuan aktiviti keamanan seperti transformasi konflik, pemulihan konflik dengan memberikan kaunseling serta bantuan sokongan,” katanya.

Beliau berkata, bagi menghalang atau mengurangkan keganasan, sokongan daripada semua negara Islam diperlukan.
Tragedi 9/11 propaganda AS
Oleh Khairunnisa Kamarudin

Rodriguez orang terakhir keluar bangunan WTC tekad bongkar penipuan

SEBAIK pesawat American Airlines Flight 11 (Boeing 767-200) merempuh Menara Utara Pusat Dagangan Dunia (WTC) jam 8.46 pagi, William Rodriguez, yang ketika itu berada di tingkat bawah, berlari menaiki tangga ke tingkat 33 dan 34 bangunan 110 tingkat itu untuk membuka pintu tangga bagi membolehkan kira-kira 15 orang yang terperangkap di tingkat berkenaan dikeluarkan.

Rodriguez, 48, yang bekerja menyelenggara bangunan itu lebih 20 tahun tidak memikirkan nyawanya atau melarikan diri daripada bangunan yang terbakar, tetapi hanya terfikir nasib pekerja yang mungkin terperangkap di tingkat berkenaan kerana beliau seorang mempunyai kunci induknya.

“Hanya saya seorang saja yang mempunyai kunci untuk masuk ke tangga Menara Utara dan selepas berjaya membawa keluar 15 mangsa pertama, saya kemudian membawa sekumpulan anggota bomba menaiki tangga ke beberapa tingkat lain untuk membuka pintu tangga.

“Tindakan kami berjaya menyelamatkan beratus pekerja yang terperangkap. Ketika itu asap tebal menyelubungi bangunan, api merebak ke tingkat bawah mengakibatkan ada antara mangsa yang diselamatkan terbakar sebahagian badan.

“Ketika itu keadaan kelam-kabut. Kami masuk setingkat demi setingkat... ada yang panik, ada yang menangis dan ada juga yang pengsan kerana lemas disebabkan terhidu asap.

“Saya sendiri hampir mati apabila menara itu runtuh ketika berlari keluar. Saya sangat bersyukur masih hidup. Ia satu satu keajaiban kerana saya masih hidup untuk menceritakan apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau berada di negara ini untuk memberi ceramah pada Festival Islam Antarabangsa.

Tragedi malang itu bukan saja menyebabkan 2,801 nyawa rakyat Amerika Syarikat (AS) dan warga pelbagai negara lain melayang, ia juga memulakan perang besar-besaran terhadap pengganas di seluruh dunia diketuai AS dan sekutunya.

Rodriguez yang berasal dari Puerto Rico, bukan saja mempertaruhkan nyawanya memasuki bangunan yang hampir musnah itu tiga kali selepas serangan pertama pada jam 8.46 pagi, beliau juga antara orang terakhir keluar dari Menara Utara.

Menceritakan keadaan pagi itu, Rodriguez berkata beliau masuk pejabat lambat sedikit daripada biasa iaitu jam 8.30 pagi.

“Sebelum bangunan dirempuh pesawat, saya terdengar letupan kuat di bahagian atas. Mulanya saya sangkakan bunyi letupan penjana tenaga. Beberapa saat kemudian, saya dengar satu lagi letupan kuat dan terasa bangunan itu bergegar.

“Saya memaklumkan mengenai letupan sebelum dirempuh pesawat kepada Suruhanjaya 9/11 yang menyiasat tragedi itu, bagaimanapun mereka tak percaya cerita saya. Mereka tetap mengaitkannya dengan pengganas Islam, padahal saya pasti letupan berlaku sebelum rempuhan. Itu yang menjadi sehingga sekarang.

“Malah, beberapa bulan sebelum kejadian, saya melihat salah seorang daripada lelaki yang kemudian dikenal pasti antara yang merempuh menggunakan pesawat di Menara Utama. Bagaimanapun, saya tidak tahu apa tujuannya ke situ.

Sebaik selepas tragedi itu, Rodriguez kehilangan pekerjaan dan hidup merempat, sering tidur di dalam kereta atau di bawah jambatan kerana tiada wang untuk membayar sewa rumah.

“Dalam menghadapi waktu sukar dan pelbagai halangan, saya meneruskan perjuangan untuk mencari kebenaran. Kerana itulah, saya mula mengadakan ceramah memberitahu dunia apa sebenarnya berlaku dan pembohongan AS untuk mengaitkan Peristiwa 9/11 dengan pengganas Islam.

“Dunia perlu tahu penipuan yang dilakukan Presiden George W Bush dan Amerika Syarikat mengenai tragedi itu dengan mengaitkan Islam dan keganasan,” katanya.

Kini Rodriguez mengabadikan hidupnya untuk membantu keluarga mangsa tragedi itu dengan menghabiskan masa bersama mereka dan membantu setakat mampu. Beliau juga kini dalam misi untuk menyebarkan mesej keamanan di semua tempat yang dilawatinya.

Beliau bertekad untuk terus membongkar penipuan yang dilakukan AS untuk mengaburi mata dunia yang tidak tahu perkara sebenar.

“Bagi saya, ini semua adalah propaganda AS untuk mencipta ketakutan dan membuat ramai orang memusuhi Islam selain memperluaskan takluknya ke seluruh dunia bagi menguasai ekonomi,” katanya.

Islam bukan agama ganas seperti didakwa

SELEPAS terselamat dalam tragedi yang mengorbankan 2,801 nyawa dalam kejadian 9/11, William Rodriguez banyak berfikir betapa untungnya beliau kerana masih dapat bernafas dan menjalani kehidupan tanpa sebarang kecacatan.

Justeru itu, beliau mula mendalami agama Islam untuk mengetahui mengenai keindahannya, lebih-lebih lagi selepas banyak pihak melabel Islam sebagai agama ganas.

“Saya bersyukur dan mula merasakan ada kuasa agung menyelamatkan saya daripada tragedi itu. Selepas mendengar pelbagai cemuhan dan tanggapan negatif mengenai Islam, saya cuba mendekatkan diri dengan agama suci ini dengan bertemu tokoh agama terkenal serta imam dari masjid di Amerika Syarikat (AS).

“Saya menganut agama Islam tahun lalu sewaktu berada di London dengan disaksikan pendakwah terkenal, Yusuf Estes yang sebelum memeluk Islam adalah seorang paderi di Texas. Pada mulanya saya pelik kerana semua tokoh agama yang saya temui tidak pernah memaksa saya bertukar agama.

“Selepas mendalami Islam, saya baru sedar Islam adalah indah dan tidak ada paksaan dalam ajarannya. Semua ini membuktikan tanggapan orang bukan Islam mengenai Islam agama pengganas dan bermula dari hujung pedang adalah tidak berasas,” katanya.

Beliau mengaku menghadapi cabaran getir selepas menganut agama suci itu tetapi tidak pernah menyesal malahan sangat berbangga menjadi seorang Islam.

“Menyesal? Walaupun saya memang menghadapi banyak kesukaran kerana menjadi seorang Islam lebih-lebih lagi di AS tetapi saya tidak pernah rasa kesal. Ini semua adalah cabaran kecil jika dibandingkan dengan dugaan yang diterima Nabi Muhammad.

“Islam adalah agama yang menuntut umatnya untuk bersatu dan hidup dengan aman. Ia bukan agama yang ganas seperti yang diwar-warkan Barat.

“Apa yang menarik saya menganuti Islam selain keindahannya adalah kebenaran yang suci. Dalam Islam, bercakap benar adalah sangat digalakkan dan kerana itulah saya sebolehnya mahu menunjukkan kebenaran mengenai apa yang terjadi di sebalik peristiwa 11 September,” katanya.

Rodriguez menganggap Allah memberikannya peluang kedua untuk terus hidup tanpa sebarang kecacatan.

“Saya bagaikan mati hidup semula apabila memikirkan betapa untungnya saya kerana masih dapat bernafas di dunia ini. Peristiwa 11 September 2001 bagaikan tarikh lahir saya yang baru.

“Ramai umat Islam di dunia ini terutamanya di AS menderita kerana dikenakan pelbagai syarat dan undang-undang ketat. AS menganggap sistem pentadbirannya adalah demokratik terbaik di dunia tetapi semua itu adalah penipuan besar apatah lagi dengan peraturan baru yang menghalang sebarang bantahan mengenai perang di Iraq, baru-baru ini,” katanya.

Profil:
Nama: William Rodriguez
Umur: 48 tahun
Asal: Puerto Rico
Zodiak: Virgo
Status: Berkahwin
Pencapaian: Anugerah Wira Kebangsaan dari Dewan Senat Puerto Rico
Jawatan: Pernah bekerja sebagai ahli silap mata sewaktu remaja
Menjadi penjaga bangunan WTC selama 20 tahun
Presiden The Hispanic Victims Group
Pengarah "911 United Services Group
Salah seorang ahli Suruhanjaya 9/11 Ahli Majlis Penasihat Keluarga untuk Pembangunan Luas Bandar Manhattan
Pekerjaan: Penceramah bebas.

Monday, April 30, 2007


Adventures In Creative Thinking

How many times have you caught yourself saying that there could be no other solution to a problem - and that problem leads to a dead end? How many times have you felt stumped knowing that the problem lying before you is one you cannot solve. No leads. No options. No solutions.

Did it feel like you had exhausted all possible options and yet are still before the mountain - large, unconquerable, and impregnable? When encountering such enormous problems, you may feel like you're hammering against a steel mountain. The pressure of having to solve such a problem may be overwhelming.


But rejoice! There might be some hope yet!

With some creative problem-solving techniques you may be able to look at your problem in a different light. And that light might just be at the end of the tunnel that leads to possible solutions.

First of all, in the light of creative problem-solving, you must be open-minded to the fact that there may be more than just one solution to the problem. And, you must be open to the fact that there may be solutions to problems you thought were unsolvable.
Now, with this optimistic mindset, we can try to be a little bit more creative in solving our problems.

Number one: maybe the reason we cannot solve our problems is that we have not really taken a hard look at what the problem is. Trying to understanding the problem and having a concrete understanding of its workings is integral in solving the problem. If you know how it works and what, exactly, the problem is, you will then have a better foundation to work on solving the problem.

Try to identify the participating entities within the problem and what their relationships are with one another. Take note of the things you stand to gain and stand to lose from the current problem. Once you do that, you will have a simple statement of what the problem is.

Number two: try to take note of all of the constraints and assumptions you have included in the scope of the problem. Sometimes it is these assumptions that obstruct our view of possible solutions. You have to identify which assumptions are valid, in which assumptions need to be addressed.

Number three: try to solve the problem in parts. Solve it going from a general view and move towards the more detailed parts of the problem. This is called the top-down approach. Write down the problem, and then break it down into manageable sections. Once you do that, come up with a one-sentence solution to each smaller portion. The solution should be a general statement of what will solve that particular portion of the problem. From here you can develop the solution further, and increase its complexity little by little.

Number four: although it helps to have critical thinking on-board as you solve a problem, you must also keep a creative, analytical voice at the back of your head. When someone comes up with a prospective solution, try to think how you could make that solution work. Try to be creative and remain open-minded tot he suggestions. At the same time, look for chinks in the armor of that solution.

Number five: it pays to remember that there may be more than just one solution being developed at one time. Try to keep track of all the solutions and their developments. There may be more than just one solution to the problem. If this is the case then you will need to eventually decide which solution is the best one.

Number six: remember the old adage "two heads are better than one." This is truer than it sounds. Always be open to new ideas. You can only benefit from listening to all the ideas each person has. This is especially true when the person you're talking to has had experience solving similar problems.
Organizing collective thought on the problem subject is much better than trying to figure it out on your own. Get yourself a "Mastermind Group" to assist you in resolving the problem satisfactorily.

Number seven: be patient. As long as you persevere and stay focused, there is always a chance that a solution will present itself. Remember that no one ever created an invention successfully the first time around.

Creative thinking exercises will also help you in your quest be a more creative problems solver. Here is one example:


Take a piece of paper and write any word that comes to mind at the center of the paper. Now look at that word, and then write the very next two words that come to your mind. This can go on until you can build a tree of related words. This helps you build logical thinking skills and fortifies your creative processes.

So, next time you see a problem you think you can't solve, don't panic. Panicking never solved anything and in most cases it will make the problem even worse! The solution might just be staring you right in the face. All it takes is just a little creative thinking, some planning, and a whole lot of perseverance.

Thursday, March 29, 2007

Siapa mudah dapat kerja - siswa wanita atau lelaki
BICARA SISWA : Siswa perlu ada nilai tambah untuk ‘jual’ diri

CABARAN graduan masa kini bukan seperti dulu. Persaingan hebat dunia kerjaya menjadikan graduan terpaksa berhempas pulas menarik perhatian majikan dengan kelebihan tertentu.Jika ada segulung ijazah atau diploma dengan keputusan sederhana, cabarannya tentu menjadi sekali ganda. Begitu juga jika kekurangan nilai tambah kemahiran tertentu.Namun, paling hebat tentulah graduan wanita yang dikatakan hanya bersandar pada akademik semata-mata hingga ramai yang menganggur.

Manakala graduan lelaki sebaliknya, tidak sukar memperoleh pekerjaan kerana boleh menyesuaikan diri.Persoalannya benarkah graduan wanita sukar mendapat kerja atau terlalu memilih pekerjaan yang hanya sesuai dengan bidang diambil? Dan benarkah graduan lelaki mudah memperoleh pekerjaan?Tiga mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) berkongsi pandangan.Muammar Gaddhafi Muhd Ali kurang bersetuju dengan anggapan graduan lelaki mudah memperoleh pekerjaan sebaliknya berpendapat kedua-duanya mempunyai peluang cerah asalkan ada kemahiran tertentu.Menurutnya, memang ada graduan menganggur namun kebanyakan mereka yang tidak mempunyai nilai kemahiran.“Cuba bayangkan, kalau semua graduan menunjukkan keputusan peperiksaan semata-mata, tentu majikan tidak tertarik. Namun, jika ada nilai tambah dan sanggup bekerja keras, tentu lain penerimaannya.“Mahasiswa hari ini perlu menukar mentaliti supaya jangan menumpukan pada akademik semata-mata. Walaupun keputusannya boleh tahan, tiada nilai tambah pun tidak berguna. Justeru, penting untuk mengimbanginya.“Kalau ada kelebihan tambahan, biarpun mungkin akademiknya sederhana, masih boleh dipertimbangkan. Pada pendapat saya, semua berpeluang, tidak kira jantina, yang penting berkebolehan,” katanya.Manakala rakannya, Mohd Fendi Ahmad Nazri mempunyai pandangan berbeza. Dia berpendapat majikan lebih menumpukan perhatian pada lelaki kerana mereka tidak banyak karenah dalam pekerjaan.“Saya bukanlah menidakkan hak graduan wanita tapi kebanyakan majikan lebih suka lelaki. Bayangkan, seorang perempuan terpaksa mengharungi kerjaya lasak seperti memanjat atau menyelia ladang. Bolehkah?“Pendapat saya, bagi mengelakkan pengangguran di kalangan wanita, biarlah pemilihan kursus sesuai dibuat sejak menerima tawaran. Jangan terlalu ghairah ingin memasuki universiti sedangkan terpaksa menganggur,” katanya.

Pada pendapat anda apakah kursus sesuai untuk wanita? Adakah wanita tidak lasak dan keupayaan rendah? Bukankah barisan wanita besi yang menerajui negara membuktikan golongan ini mempunyai semangat kental?“Bukan tidak boleh melakukannya, cuma agak terbatas. Dan saya juga tidak kata mahasiswa wanita tidak boleh melaksanakan tugasan seperti lelaki. Boleh...tapi terhad.“Lebih sesuai menceburi bidang bersifat feminin seperti guru, jururawat dan bahagian pentadbiran,” kata Mohd Fendi.
Bagaimana pula pendapat anda? Tidak rasa tercabarkah dengan kenyataan itu?“Saya lebih bersetuju dengan pendapat Muammar Gaddhafi kerana dalam menentukan peluang kerjaya, bukan gender keutamaannya sebaliknya nilai tambah mahasiswa itu untuk memajukan diri.“Lasak atau tidak, itu boleh didefinisikan sebagai umum, malah kebanyakan tidak kisah diberi tugas berat seperti lelaki. Individu itu perlu merebut peluang yang ada.“Saya berpegang pada prinsip, hendak seribu daya gagal seribu dalih. Stigma mengatakan wanita terhad dalam melakukan pekerjaan sudah lapuk,” kata Siti Zaharah Bujang.Anda bakal bergelar graduan dalam sains komputer. Dalam mencari kerjaya sesuai mungkin tiada masalah. Namun, jika terpaksa menganggur selepas ijazah itu ‘tidak laku’, tindakan apakah yang mungkin diambil?“Saya tidak mahu terus pesimis sebaliknya mencari alternatif lain. Negara ini boleh menjadi lubuk emas bagi sesiapa yang rajin. Dengan kelulusan sedia ada, saya boleh menumpukan usaha dengan menjadi usahawan.“Pengalaman? Itu boleh dicari, yang penting kita ada hasrat untuk menjayakan cita-cita itu. Tapi janganlah dilakukan sambil lewa. Dan graduan wanita juga boleh melakukannya,” katanya.Kebanyakan graduan wanita, apabila tidak memperoleh pekerjaan lebih suka menerima tawaran kerja sebagai jurujual atau juruwang.

Mereka mudah mengalah dan menyebabkan ramai graduan wanita menganggur. Komen anda?“Saya tidak nafikan mungkin segelintir ada yang mudah mengalah, namun sebelum melemparkan tanggapan negatif, selidik mengapa mereka berbuat demikian. Mungkin jemu menghadiri temu duga.“Kerjaya itu tidak hina, malah boleh menjadi platform mencari pengalaman. Daripada tidak melakukan apa-apa, lebih baik bekerja. Biarpun gajinya rendah.“Ia juga boleh mengurangkan kadar pengangguran. Bagi graduan perempuan, jika terpaksa bekerja begini, tidak usahlah malu tunjukkan kita boleh,” kata Siti Zaharah.- Oleh Ruhaiza Rusminruhaiza@hmetro.com.my

Friday, March 23, 2007

Penyelidik perkukuh bahasa Melayu

PENYELIDIK linguistik perlu mengkaji langkah untuk memastikan sur- vival bahasa Melayu dalam menghadapi cabaran arus globalisasi, kata Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Datuk Dr Ibrahim Komoo.
Beliau berkata, usaha itu penting bagi mengenal pasti strategi berkesan ke arah memperkukuh bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan budaya.“Penyelidik perlu mengkaji cabaran dihadapi bahasa Melayu pada masa kini dan akan datang serta bagaimana ia boleh menggugat ketamadunan masyarakat Nusantara dalam jangka panjang, supaya dapat ditangani segera.
Inisiatif sebegini penting kerana bahasa Melayu mulai digugat arus globalisasi dan banyak pihak melihatnya tidak mampu berperanan sebagai bahasa ilmu atau bersaing dengan bahasa ilmu utama.Justeru, menjadi tanggungjawab kita memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan budaya. Kita mahu rakyat menguasai kemahiran pelbagai bahasa tetapi pada masa sama fasih dan mencintai bahasa kebangsaan,” katanya kepada Berita Harian, baru-baru ini.
Terdahulu ketika berucap merasmikan Seminar Kebangsaan Linguistik 2007 bertema `Penyelidikan Linguistik: Pemantapan dan Pembinaan Teori’ di kampus induk Bangi, Ibrahim berkata, kegiatan penyelidikan penting kepada masyarakat dan negara.“Untuk menjadi negara maju, kita perlu menggiatkan penyelidikan sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada penyelidikan pihak lain.“Tambahan pula, penemuan baru melalui penyelidikan di luar negara tidak semestinya bermanfaat dan tepat untuk Malaysia kerana faktor kelainan budaya, persekitaran serta keadaan,” katanya.

Tuesday, March 20, 2007

Bahasa Melayu mampu jadi bahasa komunikasi global

TANGGAL 16 Mac lalu, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menjadi saksi betapa tingginya martabat bahasa Melayu di mata dunia walaupun kedudukannya semakin tercabar di tanah airnya sendiri.

Buat julung kalinya di dunia, Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Timbalan Perdana Menteri 2007 telah diadakan dan disiarkan secara langsung ke seluruh negara menerusi saluran RTM 1. Majlis murni yang amat bersejarah ini adalah antara manifestasi kesungguhan kerajaan memartabatkan bahasa Melayu sehingga ke pentas antarabangsa. Pastinya mereka yang memenuhi dewan di PWTC serta para penonton di rumah kagum melihat betapa fasihnya peserta-peserta dari segenap ceruk dunia berhujah dan menyatakan pendapat dalam bahasa kebangsaan kita.

Benarlah pendapat seorang sarjana Barat, James T. Collins dalam Manifesto Budaya: Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa suntingan Asraf bahawa bahasa Melayu telah lama bersifat antarabangsa.

Kepetahan pengucapan bahasa Melayu oleh para peserta dari 24 buah negara seluruh dunia termasuk dari Rusia, Korea Selatan, Jepun, China, India, Mesir, Perancis, United Kingdom, Amerika Syarikat, Jerman, Ukraine dan Afrika selain dari negara-negara serantau membuktikan bahasa Melayu mampu digunakan sebagai bahasa komunikasi global.

Malah, bahasa Melayu juga berupaya menjadi wahana penyebaran pelbagai disiplin ilmu yang melangkaui sempadan negara. Gagasan ini dapat diteliti menerusi inti pati ucapan perasmian Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menegaskan Malaysia tidak akan berundur daripada matlamat menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang mantap dan tersohor.

Bahasa Melayu hanya akan menjadi bahasa ilmu jika kita sendiri terlebih dahulu bertanggungjawab mengangkat maruah dan fungsi bahasa Melayu dalam semua bidang ilmu di setiap peringkat pendidikan.

Dengan itu, barulah pengeksportan ilmu dan penghantaran tenaga pengajar serta pakar runding bahasa Melayu ke negara-negara asing seperti yang diharapkan oleh Datuk Seri Najib. Dalam masa yang sama, penguasaan bahasa Melayu di kalangan bangsa kita juga harus diberi perhatian. Tentunya satu perkembangan yang menggusarkan jika keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2006 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dijadikan petunjuk sejauh mana tahap penguasaan bahasa Melayu generasi muda negara ini.

Peratusan calon yang mendapat gred D, E dan gagal bagi mata pelajaran tersebut semakin meningkat. Sebanyak 33.2 peratus iaitu 138,350 orang pelajar daripada jumlah 416,717 calon SPM 2006 di seluruh negara berada di dalam kelompok gred tersebut. Keadaan yang membimbangkan ini tentunya dipengaruhi oleh kecenderungan sebahagian besar daripada kita yang terlalu mengutamakan bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin sebagai bahasa ilmu dan bahasa ekonomi di negara ini.

Akibatnya, bahasa Melayu dengan sengaja semakin dipinggirkan. Tidak hairanlah jika golongan pelajar turut menganggap bahasa Melayu tidak lagi penting untuk dipelajari apatah lagi mahu dikuasai.

Bagaimana bahasa Melayu akan berkembang menjadi bahasa ilmu jika sikap dan tindakan kita tidak menjurus untuk membantu mencapai hasrat tersebut?

Percayalah dengan kekuatan lebih 280 juta penutur bahasa Melayu serta bercambahnya minat warga dunia terhadap bahasa Melayu, tidak mustahil ia mampu diiktiraf menjadi bahasa ilmu, bahasa kemajuan dan bahasa komunikasi global.

Apa pun ia terpulang kepada pendirian kita. Hendak seribu daya, tidak hendak pelbagai dalih. Kita harus berasa berdosa sekiranya pengiktirafan terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa kelima terbesar di alam ini disia-siakan potensinya.

Amatlah menghairankan apabila masih ada antara kita memperlekeh bahasa Melayu sedangkan dalam masa yang sama telah wujud 129 buah pusat pengajian bahasa Melayu di seluruh pelosok dunia.

Jika si gadis manis Olga Vadimovna Vasilevskaya dari Rusia hanya memerlukan tempoh tiga tahun untuk bertutur dengan lancar dan yakin dalam bahasa Melayu, mengapa tidak bangsa Malaysia yang tanah tumpah darahnya di tanah air ini masih ragu-ragu dan malu untuk menggunakan bahasa Melayu?
– MOHD. ARIF ATAN, Akademi Pengajian Melayu,Universiti Malaya.

Tuesday, March 13, 2007

Merapatkan jurang ilmu
Oleh Ahmad Nazri Mohamad


BERITA baik buat ibu bapa dan pendidik tanah air! Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan peruntukan tambahan RM2.6 bilion bagi meningkatkan taraf pendidikan sekolah luar bandar seterusnya memanfaatkan 2.2 juta pelajar di seluruh negara.

Bagai tanah gersang dicurah hujan, pengumuman Perdana Menteri diibaratkan satu lagi kemenangan buat warga pendidik yang selama ini berhempas pulas memperjuang, melaksana dan menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Lebih indah lagi, peruntukan tambahan yang menjadikan peruntukan buat Kementerian Pelajaran keseluruhannya berjumlah RM12.3 bilion (RM9.7 bilion diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan/RMK-9 tahun lalu), diisytihar Abdullah sehari selepas berakhirnya Seminar Kebangsaan Isu-isu Pendidikan Negara Ketiga pada 14 Februari lalu.

Berdasarkan Program Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar yang diumumkan itu, kerajaan merancang untuk menyediakan infrastruktur, membangunkan kemudahan teknologi komunikasi dan maklumat, memberi insentif guru dan menyediakan kemudahan di pedalaman, melaksanakan program intervensi, memberi sokongan dan bantuan untuk murid.

Program itu menjawab beberapa isu pembangunan penting yang dibincangkan pada seminar bertemakan ‘Dasar Dan Pelaksanaan - Ke Arah Pengukuhan Hala Tuju Dasar Pendidikan Negara’.

Peruntukan tambahan RM2.6 bilion adalah angka yang amat besar, namun keperluannya dalam sektor pendidikan amat mendesak terutama dalam usaha pembinaan modal insan.

Bak kata tokoh pendidikan negara, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, “Jangan cakap pasal modal insan jika cakap pasal kos.”

Dr Abdul Rahman ada membangkitkan masalah kekurangan kemudahan asas di sekolah luar bandar begitu berbeza dengan sekolah bandar, bagaikan langit dan bumi.

Beliau mendedahkan betapa masih ada guru sekolah di pedalaman yang terpaksa tidur dalam stor sekolah kerana ketiadaan rumah guru.

‘Penderitaan’ guru di pedalaman itu begitu menyentuh hati tokoh seperti Dr Abdul Rahman hingga beliau terpaksa melabelkan persekolahan rendah adalah suatu `tempoh kesengsaraan’.

Bertitik tolak daripada masalah kemudahan asas itulah menyebabkan Dr Abdul Rahman yang turut menyampaikan ucap tama pada pembukaan seminar anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu mengutarakan cadangan untuk memendekkan jangka masa persekolahan rendah.

Program Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar dilihat sebagai jalan penyelesaian kepada beberapa isu penting, bagaimanapun, Seminar Kebangsaan Isu-isu Pendidikan Negara Ketiga yang berlangsung selama dua hari di Institut Latihan Keselamatan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Bangi juga melihat banyak isu lain yang masih belum selesai.

Antaranya, isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mewujudkan polemik berpanjangan di kalangan ahli akademik dan politik, ibu bapa, golongan pentadbir serta pelaksana dasar pendidikan kebangsaan.

Contoh gerakan paling besar pernah dilakukan untuk menolak PPSMI dibuat melalui Konvensyen Umno Johor menjelang Perhimpunan Agung Umno tahun lalu.

Walaupun usul itu ditolak dan kerajaan memutuskan PPSMI mesti diteruskan, ia sudah cukup untuk menjadi petanda bahawa sebilangan besar masyarakat masih belum dapat menerimanya.

Dalam membicarakan persoalan PPSMI, Dr Abdul Rahman mempunyai pendekatan tersendiri. Bagi beliau, PPSMI mempunyai matlamat baik tetapi cara pelaksanaannya perlu diubah suai.

“Saya ikut objektif, tidak mengikut cara. Jika mengikut cara tidak boleh mencapai objektif, saya pandang objektif boleh tercapai atau tidak,” katanya ketika mengupas isu PPSMI.

Dr Abdul Rahman mengutarakan satu cadangan bagi pelaksanaan PPSMI iaitu dijalankan secara terbalik di peringkat sekolah menengah berbanding di sekolah rendah seperti amalan sekarang.

Apa rasional beliau? Jawapan bagi soalan itu boleh dirujuk pada kenyataan beliau, “Kita ada cara untuk semua, tetapi tidak semua dapat melalui cara sama.”

Menurut Dr Abdul Rahman, pelaksanaan di peringkat menengah adalah jalan pintas untuk menghasilkan lebih ramai lepasan sekolah yang boleh berbahasa Inggeris seterusnya melahirkan lebih cepat dan banyak guru yang berkemahiran bahasa kedua itu.

Beliau berkata, pelajar sekolah menengah lebih matang dan bilangan pelajar lebih kecil memudahkan tumpuan guru manakala persekitaran dan kemudahan sekolah menengah yang banyak terletak di kawasan bandar dan membangun memanfaatkan penggunaan bahasa Inggeris.

Beliau membuat perbandingan dengan pelaksanaan PPSMI di sekolah rendah yang dibelenggu pelbagai masalah dan rintangan.

“Di pedalaman, sekolah rendah, kemudahan tak cukup dan murid sedikit. Nak belajar guru tak sempurna dan tak cukup kemudahan,” katanya.

Menurut beliau, sekolah luar bandar juga sering mendapat guru yang kurang pengalaman dan lemah penguasaan bahasa Inggeris menyebabkan guru terbabit sukar untuk menggunakan bahasa itu dalam pengajaran mereka.

“Pembelajaran bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik bagi orang Kuala Lumpur, Kajang, boleh ikut.

“Tetapi, tidak orang Kelantan. Sekolah rendah di Gua Musang, murid belajar bahasa Inggeris, tetapi dengan siapa mereka hendak cakap, bagaimana hendak praktikkan?

“Sudahnya, murid tak pandai juga,” katanya.

Banyak lagi isu dibangkitkan Dr Abdul Rahman, begitu juga isu yang dibentang dan dibincangkan barisan pembentang kertas kerja dan peserta pada seminar berkenaan.

Permasalahan meliputi pelbagai aspek termasuk guru tidak mahir berbahasa Inggeris, terpaksa mengajar bahasa Inggeris menggunakan bahasa Melayu untuk memudahkan kefahaman murid, tiada alat bantu mengajar mencukupi dan murid tidak dapat mempraktikkan bahasa kedua yang dipelajari.

Secara keseluruhannya, Seminar Kebangsaan Isu-isu Pendidikan Negara Ketiga merumuskan kajian semula yang lebih menyeluruh harus dilakukan terhadap keberkesanan kaedah pengajaran bahasa Inggeris.

Seminar yang menghasilkan 43 resolusi itu turut memperaku dan meluluskan resolusi bahawa semua penyelidikan yang berkaitan PPSMI hendaklah dibukukan dan dikemukakan kepada kerajaan bagi pertimbangan kajian semula pelaksanaannya.

Resolusi itu juga memutuskan pelaksanaan PPSMI didapati agak mendadak menyebabkan berlaku keciciran dan pencairan di kalangan murid dan guru justeru melebarkan jurang pendidikan.

Impak bersifat ilmiah ini hendaklah diambil kira secara bersungguh-sungguh untuk mengkaji semula pelaksanaan PPSMI dan pendekatan pengajaran serta pembelajaran bahasa Inggeris perlu diorientasikan ke arah keperluan dan fungsi kerjaya dan kehidupan.

Wednesday, February 14, 2007


Bahasa Melayu Bahasa Utama Dunia
(diolah daripada Dewan Masyarakat Januari 2006)

Fakta 1-Anggaran oleh David Crystal dalam The Cambridge Encyclopedia of Language
(1987) ada 3000 hingga 10,000 jumlah bahasa di dunia. Terdapat 6000 daripadanya masih digunakan sebagai bahasa pertuturan harian

Fakta 2-Daripada jumlah itu,hanya 20 bahasa sahaja bertaraf rasmi yang
penuturnya berjumlah lebih daripada 50 juta orang. Bahasa Melayu termasuk dalam
senarai 20 bahasa utama dunia ini.

Fakta 3-Jumlah penutur bahasa Melayu di pelbagai peringkat penguasaan di seluruh
dunia adalah lebih daripada 280 juta orang.

Fakta 4-Berdasarkan anggaran ini, bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa ke5
terbesar di dunia selepas;
1.Bahasa Inggeris(1.4 bilion penutur)
2.Bahasa Cina(lebih 1 bilion penutur)
3.Bahasa Hindi(700 juta penutur)
4.Bahasa Sepanyol(300 juta penutur)
5.Bahasa Melayu(280 juta penutur)
Mendahului bahasa-bahasa penting lain seperti Perancis,
Jepun, Jerman, Korea dan Itali.

Fakta 5-Hanya 8 bahasa sahaja penyebarannya merentasi sempadan menjadi bahasa
rasmi ataupun salah satu bahasa rasmi di beberapa buah negara lain. Iaitu bahasa
Melayu, Inggeris, Perancis, Sepanyol, Arab, Rusia, Portugis dan cina.

Fakta 6-Daripada 8 bahasa hanya bahasa Melayu sahaja menjadi bahasa rasmi di
Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan
tunggal dalam perlembagaan
negara-negara itu.

Fakta 7-Empat kriteria ukuran bahasa itu bahasa utama dunia ataupun
tidak.1,jumlah penutur bahasa itu besar. 2,taraf bahasa itu sebagai bahasa rasmi
di beberapa buah negara ataupun di negara yang bukan tempat asal bahasa.3,status
atau pentingnya bahasa itu sebagai alat
perhubungan antarabangsa.4,setakat manakah majunyanegara yang menggunakan
bahasa itu sebagai bahasa rasmi.Bahasa Melayu memenuhi semua kriteria itu.

Fakta 8-HANYA Bahasa Melayu sahaja tidak tersebar merentasi sempadan negara
asalnya melalui PENJAJAHAN. Ia berkembang menjadi lingua-franca kerana kedudukan
geografiknya yang strategik di Selat Melaka. Bahasa Melayu dipilih sebagai
bahasa penyatuan di Indonesia sejak
1928 dan diisytihar sebagai bahasa rasmi pada 1945. Mengatasi bahasa Jawa yang
lebih ramai penuturnya.

Fakta 9-Di seluruh dunia, ada lebih kurang 129 pusat pengajian bahasa Melayu- di
Eropah, Amerika Syarikat, Cina, Jepun, Rusia, Korea, Australia, New Zealand dan
lain lain.

Fakta 10-Kekuatan bangsa Melayu terletak pada bahasa ini. Orang Melayu akan
lebih maju dan lebih kreatif akalnya apabila mereka berfikir dalam bahasa ini-
bahasa ibundanya-seperti bangsa lain yang maju kerana mereka berfikir,
mengarang, mencipta ilmu, sains dan teknologi dalam bahasa mereka sendiri.

dipetik daripada Kaca Di Jendela oleh Datuk Dr. Hassan Ahmad, Dewan Masyarakat
Januari 2006

p/s: kita akan lebih percaya kerana faktanya daripada orang asing. bukankan
begitu?

Yahudi mahu hapus peradaban Islam

MAJLIS Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP-UUM) memandang serius pencerobohan Israel ke atas bumi Palestin yang dilakukan bukan saja membuktikan keangkuhan rejim Zionis, malah menafikan kedaulatan negara Palestin.


Selain itu, usaha berterusan ini seolah-olah mencabar kewibawaan gencatan senjata yang dipersetujui kedua-dua pihak November lalu. Dengan pencerobohan Israel ke atas Masjid al-Aqsa, akan memungkinkan sebarang tindakan balas rakyat Palestin terhadap negara itu.

Walaupun pihak berkuasa Israel mendakwa kerja penggalian hanyalah untuk membina jejantas baru dan tidak merosakkan Masjid al-Aqsa, wujud kecenderungan untuk merosakkan tempat suci ketiga umat Islam itu.

Kerja penggalian di Masjid al-Aqsa itu, khususnya menunjukkan Israel mempunyai niat tersembunyi dalam merosakkan dan memusnahkan salah satu peradaban Islam di Asia Barat. Masjid al-Aqsa sudah berusia 1,400 tahun dan sebarang kerja penggalian atau pembinaan akan melemahkan asas masjid berkenaan.

Justeru, MPP-UUM menyelar tindakan pencerobohan Israel kerana ia melanggar prinsip undang-undang antarabangsa, yang mana kedaulatan sesebuah negara perlulah dihormati, disamping Israel tidak berhak mengubah simbol agama dan warisan yang dijajahnya.

Selain itu, kami menyokong usaha kerajaan mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar campur tangan dalam soal ini.

MPP-UUM menyokong kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar, kelmarin mengenai desakan ini. Usaha tegas dan pantas perlulah diambil agar pencerobohan Israel ini tidak memusnahkan dan menghilangkan peradaban Islam yang berusia ratusan tahun itu.

MPP-UUM mengharapkan usaha kerajaan untuk mendapat sokongan daripada negara Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) bagi membantah pencerobohan ini akan diterima dan didengar suaranya dalam PBB.

IDZUAFI HADI KAMILAN,
Yang Dipertua
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sunday, February 11, 2007

Kelebihan memiliki harta halal diberkati Allah
Susunan Hashim Ahmad


KEPERLUAN asas bagi setiap insan yang menghuni alam yang fana ini ialah makanan, pakaian dan tempat tinggal.

Hidup seseorang itu akan berada dalam keadaan yang tidak sempurna apabila tidak mempunyai makanan mencukupi untuk mengalas perut, pakaian untuk menutupi aurat dan tempat tinggal untuk berteduh dan melepaskan penat selepas bekerja seharian.

Bagi umat Islam, dalam usaha mendapatkan perkara di atas - makanan, pakaian dan tempat tinggal - atau dengan lain perkataan untuk mendapatkan harta, mereka diwajibkan memperolehnya dengan cara yang halal.

Islam melarang keras umatnya mengumpul harta melalui jalan penipuan, peras ugut, pencurian, rompakan atau dengan menjual benda yang diharamkan syarak.

Setiap orang yang mengaku dirinya beragama Islam, hendaklah yakin dan percaya bahawa harta yang diperoleh melalui jalan yang tidak diredai Allah tidak dijamin keberkatannya.

Berkat adalah satu perkataan Arab yang sukar hendak dicari pengertiannya yang tepat dalam bahasa Melayu.

Tetapi lantaran kelaziman dan kekerapan menggunakannya seolah-olah menjadi satu perkataan Melayu.

Bagaimanapun, dapat dikatakan bahawa berkat adalah satu perkataan agama yang tulen. Ia tidak pernah didengar oleh manusia kecuali selepas diturunkan wahyu daripada Allah s.w.t.

Meneliti kepada kebiasaan penggunaannya, maka pengertian yang paling hampir bagi perkataan berkat ialah membiak atau meluas. Ini jelas kalau kita perhatikan maksud ungkapan yang selalu diucapkan ulama seperti “pekerjaan kamu ini tidak ada berkat (membiak). Ia tidak dapat memelihara anak isteri. Kamu juga tidak dapat membuat harta dengan kerja ini.”

Oleh sebab perkataan berkat adalah perkataan agama yang tulen, maka ia mempunyai hubungan yang rapat dengan agama juga.

Harta yang diberkati akan terus berkekalan dan mencukupi untuk membiayai hidup walaupun jumlahnya sedikit sahaja.

Untuk mendapat harta yang diberkati, usaha yang dijalankan jangan ditumpukan untuk kepentingan dunia semata-mata, sebaliknya mengambil kira juga kepentingan akhirat.

Menyedari hakikat mereka akan mati dan dihidupkan kembali di akhirat kelak, adalah merugikan sekali jika usaha yang dilakukan hanya untuk kepentingan dunia semata-mata.

Berusaha dengan ikhlas dan mengikut jalan yang diredai Allah. Apabila kita mengajar, biarlah ilmu yang diajar itu boleh dijadikan bekal hingga ke akhirat. Apabila kita belajar, biarlah masa yang digunakan akan mendapat faedah di akhirat.

Begitulah juga dengan kerja lain seperti sembahyang, berniaga dan berkahwin.

Setiap orang yang mengaku dirinya beragama Islam tidak akan terlepas daripada memohon keberkatan daripada Allah. Saban hari sebelum matahari terbit, umat Islam diwajibkan bersembahyang Subuh dan dalam sembahyang itu, Qunut dibacakan.

Antara lain maksud Qunut berbunyi: “Dan berkatlah bagiku pada segala nikmat yang Engkau kurniakan.”

Dengan lain perkataan, apa yang dipohonkan dalam bacaan Qunut ialah daripada sebanyak nikmat yang diberikan Allah kepada seseorang itu seperti tubuh badan yang sihat dan sempurna, pemberian anak, isteri, suami, rumah, pekerjaan yang disandang dan sebagainya biarlah disertakan keberkatan-Nya.

Perlulah memohon keberkatan Allah supaya memberikan anak dan isteri yang soleh. Biarlah anak yang diberi itu anak yang dapat menolong ibu bapa sejak daripada dunia hinggalah ke akhirat.

Dalam mengharungi hidup seharian, umat Islam sepatutnya berpandangan jauh dan menjadikan ajaran Islam sebagai panduan hidup.

Sesungguhnya serban yang melilit kemas di kepala, janggut yang mencecah pusat atau jubah yang meleret labuh bukanlah menjadi satu ukuran yang tepat mengenai hati dan pegangan hidup seseorang itu.

Semua itu adalah barang luar. Apa yang pentingnya ialah di dalam hati.

Apabila hidup tidak mementingkan soal akhirat khususnya dalam urusan mencari harta, ia boleh disamakan apa yang dilakukan orang kafir.

Orang kafir tidak pernah memikirkan hal yang berkaitan dengan hari akhirat. Apa yang dipentingkan ialah wang dan harta yang banyak, rumah besar, hidup senang dan sebagainya.

Pendek kata hidup mereka adalah berdasarkan konsep hidup: membujur lalu melintang patah.

Soal keberkatan sudah tidak diambil kira lagi. Malah, mereka tidak percaya bahawa setiap sesuatu adalah daripada Allah.

Di sinilah kelebihan memiliki harta yang halal dan diberkati Allah. Umat Islam juga perlu sentiasa bersyukur kerana Allah berjanji menambah nikmatnya kepada mereka yang berbuat demikian.

Ini jelas dinyatakan dalam al-Quran yang bermaksud: “Dan (ingatlah) tatkala memberi ingat Tuhan kamu: Sesungguhnya jika bersyukur kamu, akan ditambahkan untuk kamu. Dan jika kufur kamu, sesungguhnya azab-Ku adalah sangat pedih.” (Surah Ibrahim: Ayat 7).

Thursday, January 18, 2007

Bahasa Melayu mampu kuasai ilmu

POLEMIK mengenai bahasa seolah-olah tiada kesudahan. Pada pendapat saya, ia terjadi kerana kita tidak memahami hakikat perjuangan bahasa itu sendiri yang meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu.


Perjuangan mendaulatkan bahasa tidak sesekali bertentangan dengan hasrat penguasaan bahasa Inggeris di kalangan rakyat masa kini. Kepentingan bahasa Inggeris diakui tetapi pada masa yang sama kepentingan bahasa kebangsaan jangan dinafikan.

Tujuan mendaulatkan bahasa kebangsaan ialah membentuk rupa bentuk bangsa Malaysia pada masa depan yang kukuh jiwa glokalnya. Tujuan kita menguasai bahasa Inggeris ialah untuk memperolehi ilmu yang tidak diajar dalam bahasa Melayu.

Jadi bahasa kebangsaan haruslah diperkembangkan dan dimajukan, manakala bahasa Inggeris hanya setakat untuk kegunaan menguasai ilmu pengetahuan. Masalahnya kita mengagungkan bahasa Inggeris sehingga meremehkan bahasa kebangsaan.

Pejuang bahasa tidak menyangkal peranan dan usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan rakyat tetapi pada masa sama peranan dalam pembinaan bahasa kebangsaan dalam jiwa warganegara tidak harus diketepikan.

Kapasiti bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu menuju ke arah kejayaan apabila Dewan Bahasa dan Pustaka bertungkus-lumus menterjemahkan beratus-ratus ribu istilah dalam pelbagai bidang ilmu.

Malah banyak buku diterjemahkan dan jelaslah keupayaan bahasa Melayu sebagai penanggung bahasa ilmu begitu cemerlang.

Memang benar Barat suatu masa dulu telah belajar bahasa Arab untuk menguasai pelbagai ilmu dalam bahasa Arab tetapi mereka pada akhirnya menterjemahkan karya ilmiah cendekiawan Arab ke bahasa Inggeris.

Semua pihak harus faham hakikat ini. Jika sudah memahaminya saya yakin polemik bahasa akan reda dan kita dapat menumpukan usaha membina bangsa Malaysia berjiwa glokal.

MUHAMMAD ALI ATAN,
Akademi Pengajian Melayu,
Universiti Malaya.

Friday, December 15, 2006

Prespektif: Latihan amali tingkat kualiti siswazah
Bersama Saifuddin Abdullah

Pembabitan serius sektor industri bantu tangani masalah pengangguran

AHAD lalu Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed, mengumumkan bahawa tempoh latihan amali mahasiswa universiti awam akan dilanjutkan sehingga enam bulan bagi membolehkan mereka mendapat pendedahan dan menimba lebih banyak pengalaman bekerja.

Ia adalah tambahan kepada tempoh latihan amali sekarang yang diadakan antara satu hingga empat bulan yang didapati tidak memadai.

Dalam pelbagai langkah yang diambil kerajaan bagi meningkatkan kualiti siswazah dari segi peluang mendapatkan pekerjaan dan mengatasi masalah siswazah menganggur, langkah terbaru ini adalah antara yang paling tepat.

Ia memberikan penekanan terhadap proses meningkatkan kualiti bakal siswazah, iaitu ketika mereka masih mahasiswa dan bukannya memperbaiki kualiti selepas mereka menjadi siswazah menganggur.

Walaupun langkah memperbaiki kualiti selepas mereka menjadi siswazah menganggur, contohnya Skim Latihan Siswazah Menganggur adalah penting dan membantu tetapi ia adalah terlambat. Malah, langkah ini tidak sepatutnya timbul.

Tugas dan tanggungjawab utama universiti ialah mendidik siswazah dengan ilmu, bukannya menjamin peluang pekerjaan. Namun, sekiranya universiti ingin menyediakan bakal siswazah dengan bekalan untuk membolehkannya mendapatkan pekerjaan yang sesuai, ini juga tidak salah.

Tetapi, apa yang perlu dilakukan itu hendaklah diselesaikan ketika masih di universiti dan bukannya disambung sehingga mereka meninggalkan universiti.

Latihan amali penting bagi menyediakan bakal siswazah dengan kemahiran kerja. Tempoh latihan amali yang akan ditambah ini menuntut kerjasama dan komitmen daripada majikan.

Masalahnya, sebelum ini pun, iaitu ketika tempoh latihan amali tidak melebihi empat bulan, ada majikan kurang serius. Maka, bagaimana pula keadaannya apabila tempoh ini ditambah?

Majikan yang tidak serius itu tidak menyediakan latihan yang bersesuaian dengan pelatih. Pelatih disuruh melakukan kerja remeh-temeh. Tidak mengapa sekiranya kerja remeh-temeh itu disuruh sebagai persediaan budaya mula bekerja dari bawah.

Tetapi, ada kalanya majikan sengaja melakukan demikian kerana menganggap tempoh latihan amali adalah peluang baginya mendapatkan khidmat pekerja murah atau percuma. Ini tidak sepatutnya berlaku.

Pada masa sama, latihan amali tidak wajar dilihat sebagai jambatan yang menghubungkan universiti dengan majikan atau industri yang dilalui bakal siswazah. Sebaliknya, latihan amali perlu menjadi tahap akhir jambatan berkenaan.

Jambatan itu perlu dimulakan dengan hubungan yang lebih akrab antara universiti dengan industri, yang berlaku dari peringkat awal mahasiswa menjejaki universiti.

Sekali lagi, walaupun konsep sebenar universiti ialah sebagai gedung ilmu dan bukannya kilang mengeluarkan pekerja, tidak salah bagi jambatan antara universiti dan industri diperbaiki termasuk dalam konteks menyediakan peluang pekerjaan bagi siswazah.

Sekiranya wujud hubungan yang lebih rapat antara universiti dan industri, maka kursus yang ditawarkan universiti boleh jadi lebih sesuai dengan pasaran pekerjaan yang disediakan industri.

Model hubungan universiti-industri yang terbaik wujud dalam tradisi Jerman yang melaksanakan dwisistem yang mempunyai universiti berasaskan kemahiran yang menekankan aspek perantisan yang memerlukan pembabitan besar daripada industri.

Model ini cuba diikuti di sini terutama dengan kerajaan menubuhkan beberapa kolej universiti kejuruteraan, teknikal dan teknologi.

Bagaimanapun, pelaksanaan model berkenaan di sebahagian kolej universiti itu boleh dipersoalkan. Sejauh mana kurikulumnya benar-benar berasaskan kemahiran? Dari segi pengajaran dan pembelajaran, adakah semua pensyarahnya berlatar belakang kemahiran?

Adakah penubuhan pusat pengajian lanjutan dalam masa yang cepat menepati tujuan sebenar penubuhannya?

Dari segi pembabitan industri, ia masih jauh daripada diharapkan. Akibatnya, perantisan, iaitu elemen terpenting model dwisistem berkenaan tidak dapat dijalankan dengan secukupnya.

Namun, latihan amali dan hubungan akrab universiti-industri bukanlah segala-galanya dalam konteks peluang siswazah mendapatkan pekerjaan. Kedua-dua perkara ini penting dari segi menyediakan bakal siswazah dengan kemahiran kerja. Tetapi, kemahiran kerja bukanlah segala-galanya.

Di samping kemahiran kerja, ada beberapa ciri lain yang dicari bakal majikan dalam diri siswazah. Ciri-cir berkenaan adalah seperti berinisiatif, proaktif, positif, kreatif, pantas belajar, penyelesai masalah, ahli pasukan, mahir berkomunikasi dan sebagainya. Pokoknya, siswazah perlu mempunyai pakej lengkap ilmu kemahiran sikap yang mantap.

Pakej ini bergantung pada keseluruhan sistem pendidikan yang disediakan universiti. Antara yang paling utama ialah kurikulum asas dan kokurikulum. Kurikulum asas yang kukuh akan memberikan pendidikan yang holistik dan mampu melahirkan siswazah berperibadi sepadu dan seimbang, yang mampu bukan saja mendapatkan pekerjaan sesuai, malah mampu berdikari dengan menjana pekerjaan sendiri, misalnya dengan menjadi usahawan.

Dalam konteks ini, bekas Presiden Universiti Harvard yang kini Pemangku Presiden universiti itu, Derek Bok (2005), dalam bukunya, Our Underachieving Colleges, menyatakan walaupun kebanyakan siswazah mencapai kemajuan dalam banyak aspek, mereka tidak mencapai tahap yang sepatutnya dalam bidang penting seperti penulisan, pemikiran kritikal, kemahiran kuantitatif dan penghujahan.

Sekiranya kita risau mengenai kemampuan siswazah kita bersaing di pentas global, Bok juga mempunyai kerisauan yang sama terhadap siswazah Amerika. Dalam rencananya (2006) bertajuk Are Colleges Failing? dalam The Boston Globe, beliau mengingatkan kini siswazah Amerika bukan saja bertanding sesama mereka tetapi juga dengan mereka dari negara seperti India dan China. Yang menariknya, kedua-dua negara itu jugalah yang menyaingi siswazah kita.

Universiti pula tidak boleh terlalu taksub dengan masalah siswazah menganggur sehingga semua kursus perlu ditawarkan mengikut kehendak pasaran pekerjaan, sehingga ada kursus yang ditutup kerana dikira tiada prospek pekerjaan.

Ini bertentangan fundamental universiti yang perlu menyediakan pendidikan am. Sebab itu, universiti ternama di luar negara, walaupun peka dengan peluang pekerjaan bagi siswazahnya, masih mempunyai kursus seperti bahasa Sanskrit, iaitu kursus yang jarang diberikan perhatian majikan dan industri.

Universiti juga tidak boleh digunakan sebagai nama sesebuah institusi semata-mata untuk menunjukkan ketinggian sesuatu kemahiran yang diajar kepada sekumpulan pelajar. Inilah yang dimaksudkan bekas Naib Canselor Universiti Malaya (2004) dalam bukunya, Universiti dan Tradisi Kecemerlangan sebagai fenomena ‘kolej panjat pokok kelapa’.

Masalah siswazah menganggur tidak boleh dilihat dan ditangani dalam hampagas atau dalam isolasi. Sebaliknya, ia perlu dilihat dan ditangani dalam kerangka yang lebih luas. Ia perlu dilihat sebagai sebahagian daripada masalah belia menganggur kerana siswazah adalah sebahagian daripada belia.

Di samping itu, kita juga perlu mempunyai dasar dan pelan tindakan yang khusus mengenai pekerjaan bagi belia, termasuk siswazah.

Klasifikasi pekerjaan yang digunakan Unit Perancang Ekonomi (EPU) hari ini, terutama bagi kategori pekerja profesional, teknikal dan berkaitan perlu dikemas kini supaya sesuai dengan perkembangan semasa pekerja berasaskan keilmuan (k-pekerja).

Manakala faktor tawaran pasaran, seperti gaji minimum, peraturan dan perundangan yang kondusif juga perlu diperbaiki.

Thursday, December 14, 2006

Latihan amali peluang timba pengalaman

MAJLIS Perwakilan Pelajar Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) menyokong penuh cadangan Kementerian Pengajian Tinggi untuk melanjutkan tempoh latihan amali sehingga enam bulan bagi pelajar institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) bagi memberi pendedahan suasana bekerja lebih banyak kepada mereka.

Kami menyifatkannya sebagai langkah proaktif seperti yang diumumkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed kelmarin untuk mengurangkan masalah pengangguran di kalangan mahasiswa.

Apabila mahasiswa didedahkan dengan suasana alam pekerjaan, mereka mendapat lebih banyak input serta kemahiran yang tidak dipelajari dalam kuliah.

Kemahiran insaniah atau soft skills inilah yang dapat diterapkan dan diaplikasikan dalam tempoh latihan berkenaan sejajar dengan hasrat kementerian untuk melahirkan mahasiswa IPTA yang mempunyai pelbagai kemahiran.

Tempoh latihan amali yang sedia ada di IPTA iaitu selama 12 minggu tidak mencukupi untuk menimba pengalaman dan pengetahuan. Terdapat juga rungutan daripada pelajar yang mengikuti latihan amali menyatakan bahawa mereka hanya ditempatkan di bahagian yang mempunyai kekosongan dan bukannya tempat pengkhususan mereka.

Ada juga yang hanya datang ke pejabat untuk menjaga kaunter pertanyaan dan membuat urusan teknikal semata-mata. Hal sebegini berlaku disebabkan tempoh latihan amali yang terlalu singkat, apatah lagi tidak ada garis panduan yang khusus bagi firma yang menerima pelajar untuk latihan amali.

Dalam menghadapi dunia pasaran kerja yang semakin kompetitif, langkah memanjangkan tempoh latihan amali amat bersesuaian pada ketika ini. Kami menyambut baik langkah kementerian untuk menggubal serta menyediakan satu garis panduan buat majikan dalam melaksanakan program latihan amali kepada pelajar IPTA.

Setiap IPTA mempunyai tempoh latihan amali yang berbeza dan terdapat beberapa IPTA yang mempunyai tempoh latihan selama sebulan dan ada juga mengikut peruntukan cuti semester. Selain itu, tidak ada penyelarasan waktu bagi pelajar menjalankan latihan amali mereka sama ada pada semester terakhir atau sebagainya.

Hal ini kerana terdapat majikan atau firma yang berminat untuk mengambil pelajar yang menjalankan latihan amali untuk bekerja di tempat mereka. Namun, pelajar ini belum lagi menamatkan pengajian disebabkan mempunyai satu semester lagi di universiti.

Justeru, MPP KUIM mencadangkan latihan amali ini dijalankan pada akhir semester pelajar bagi memberi peluang kepada mereka meluaskan pengalaman dan menarik minat majikan menyerap masuk pelajar berkenaan ke jabatan atau firma mereka.

Selain itu, kami berpendapat program universiti yang dijalankan dengan kerjasama pihak swasta adalah baik, sebagai contoh, KUIM menjalinkan hubungan kerjasama dengan Malaysia Airports Berhad (MAB) bagi menempatkan pelajar KUIM untuk berkhidmat di Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Buat masa ini, seramai 24 graduan KUIM bekerja sebagai ‘Duta Kecil’ bagi pelancong khususnya dari negara Asia Barat. Usaha sebegini dilihat sangat berkesan untuk memberi pendedahan kepada siswazah baru di samping membuka peluang pekerjaan kepada mereka.

Langkah ini adalah sejajar dengan saranan kerajaan untuk melahirkan graduan IPTA bersifat ‘Glokal’ yang berakar jati diri kebangsaan dan mampu bersaing di pentas antarabangsa. Penghantaran pelajar Malaysia ke luar negara bagi mengikuti latihan amali dilihat sebagai suatu usaha yang cukup baik dalam menyediakan peluang kepada pelajar mencari pengalaman dan memberi pendedahan berbeza mengikut acuan persekitaran negara asing.

Sebagai contoh, pelajar kejuruteraan dihantar ke Jerman atau Jepun untuk mengikuti latihan amali dan pelajar jurusan muamalat dan ekonomi dihantar menimba pengalaman di pusat perbankan antarabangsa seperti di Bank Pembangunan Islam (IDB) di Jeddah dan sebagainya.

MOHD HARIRI MOHAMAD DAUD,
Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar KUIM.