Tuesday, November 29, 2011
Sunday, November 27, 2011
Saturday, November 26, 2011
Friday, November 25, 2011
Jigsclue: 'Riot': Di dalam dunia ini yang semakin cepat menuju ke arah kehancuran total,adalah penting untuk mengetahui bahawa apa yang berlaku di dunia...
Jigsclue: Islam Liberal: Di dalam dunia yang penuh tipu muslihat ini, kesemua pihak adalah di bawah cengkaman dan pemerhatian Iblis Laknatullah dan kuncu-kuncunya ...
Jigsclue: Armageddon: Jigsclue #05 Armageddon Sejak berabad-abad lamanya,di dalam kitab-kitab tua,ramalan-ramalan,mitos-mitos purba dan ceritera-ceritera da...
Thursday, November 17, 2011
Sumber: Petikan daripada http://kadirjasin.blogspot.com/
Dialog Kedai Kopi 2Malaysia
KELMARIN, saya mengadakan dialog kedai kopi 2Malaysia tanpa dirancang dengan seorang kawan yang pernah bekerja di bawah saya di akhbar New Straits Times selama lebih 20 tahun.
Kami pernah diseret ke mahkamah kerana tulisannya mengenai pembekalan kepada Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998.
Saya katakan 2Malaysia kerana kita adalah dua individu daripada dua bangsa berlainan. Dia berbangsa Punjabi dan saya Melayu. Ramai orang Malaysia keliru antara Punjabi dan Benggali. Mereka kerap mencampuradukkannya.
Sebagai penjelasan, Punjabi berasal dari wilayah Punjab di India dan Pakistan. Di India, ada sebuah negeri bernama Punjab yang majoriti penduduknya berbangsa Punjabi dan mereka amnya beragama Sikh. Punjab adalah antara negeri paling maju di negara dan menjadi jelapang gandumnya.
Orang Benggali pula berasal dari negeri Bengal di Teluk Benggala. Mereka daripada berbagai agama, tetapi majoriti adalah Hindu dan Islam.
Orang Punjabi makan capati, orang Benggali makan nasi atau roti. Bila kita kata roti Benggali, ia adalah roti yang pada suatu masa dulu dibuat oleh orang Benggali Islam.
Sebelum saya sebutkan inti pati dialog 2Malaysia dengan kawan Singh itu, eloklah saya membuat penjelasan yang dia nampaknya begitu kuat menyokong Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak. Antara isi kandungan dialog kami ialah:
1. Saya mengesahkan andaian beliau yang saya bukanlah “the Oracle of Syed Putra” aka Pendeta Syed Putera yang kerap dipetik oleh SakmonkolAKA47 aka Mohd. Ariff Sabri Abdul Aziz (Datuk), bekas ADUN BN (Umno) Pekan (2004-08), dalam tulisannya;
2. Tanggapan beliau yang saya akrab dengan Perdana Menteri dan pandangan saya sering diminta oleh beliau adalah meleset;
3. Tidak ada jaringan antara Perdana Menteri dan saya. Hanya seorang dua saja pegawai-pegawai beliau yang, sekali-sekala, bersembang dengan saya, itu pun atas kapasiti peribadi kerana mereka kawan-kawan lama saya;
4. Ramai orang Melayu masih komited dan sayangkan Umno, tetapi mereka mempunyai masalah dengan kepemimpinan parti itu. Istilah benci, menyampah dan meluat kerap digunakan;
5. Kelemahan Umno, perpecahan orang Melayu sejak pilihan raya umum 2008 dan dasar-dasar Kerajaan Pusat BN serta Kerajaan-Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang dilihat sebagai merugikan orang Melayu dan mengancam agama Islam menyebabkan orang Melayu memandang ke arah Raja-Raja mereka;
6. Aktivisme Istana semakin ketara. Raja-Raja Melayu semakin kerap bertindak dan membuat kenyataan ke atas hal-hal berkaitan orang Melayu dan agama Islam yang gagal ditangani oleh kepemimpinan politik atau sengaja digembar-gemburkan untuk tujuan politik;
7. Kalau kepemimpinan Mohd Najib tidak berusaha menangani isu-isu Melayu/Islam dan memahami pemikiran Raja-Raja Melayu, Umno akan mengalami masalah pada pilihan raya umum akan datang, termasuk dalam menentukan kepemimpinan, khasnya di peringkat negeri;
8. Panglima-panglima perang aka warlords Umno masih berleluasa, terus bercakaran dan mempamerkan kehidupan mewah, boros dan disyaki (baru jadi Senator, dah buat rumah ibarat istana);
9. Tidak mustahil Kerajaan-Kerajaan Negeri PR enggan membubarkan DUN kalau PRU diadakan terlalu awal. Taktik mencetuskan kekeliruan adalah senjata berkesan bagi PR;
10. Dalam pada itu, Perdana Menteri mungkin terdesak untuk mengadakan PRU sebelum pertengahan tahun hadapan kalau beliau berharap untuk meraih manfaat daripada janji-janji Belanjawan 2012 dan mengelak daripada prospeks ekonomi global yang kacau-bilau;
11. Wujud kebimbangan dan ketidakpastian di kalangan pelabur, khasnya pelabur besar, terhadap ekonomi pasca-PRU ke-13, apatah lagi sekiranya ditakdirkan BN kalah. Ramai pelabur, sama ada telah “membekukan sementara” pelaburan atau membawa keluar modal mereka;
12. Antara petanda trend ini adalah kegiatan “taking private” syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia oleh pemegang saham majoriti mereka dan kurangnya kegiatan tawaran permulaan awam (Initial Public Offering/IPO). Terbaru dalam kegiatan “taking private” ini ialah tawaran billionaire Robert Kuok “menghakmilik-peribadikan” Jernih Insurance Berhad;
13. Kata kawan saya itu, Perdana Menteri tidak akan bertolak-ansur mengenai penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Secara peribadi saya tidak menyokong pemansuhan ISA dan penghapusan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik; dan
14. Akhir sekali, saya kata saya sangat bimbang Malaysia akan menjadi negara yang "dicintai" hanya oleh orang miskin yang tidak dapat lari ke mana-mana, sedangkan orang berharta cabut dengan modal mereka ke luar negara ibarat habis manis sepah dibuang. Wallahualam.
Friday, October 21, 2011
Berumahtangga
Sudah hampir sebelas bulan aku mendirikan perkahwinan. Rasa sekejap sahaja masa berlalu. Apa yang aku boleh percakapkan mengenai ini.? Jawapanya sama seperti mana anda membaca buku-buku tentang perkahwinan. Itu sahaja.
**Bila dua insan diijabkabulkan keberkatan datang menjelma. Dengan bangganya Malaikat menadah tangan mensyukuri keredhaan dan titisan air mata Syaitan berlimpangan meratapi kekecewaan. Moga rumahtangga yang dibina ini kekal hingga akhir hayat. Amin :)
Thursday, October 20, 2011
Wednesday, May 11, 2011
Cerai bukan lagi masalah peribadi, tapi masalah negara
May 12, 2011
KUALA LUMPUR, 12 Mei — Bila kahwin “SSS” dan bila bercerai juga “SSS”. Mungkin ada yang pernah mendengar ungkapan ini dan sebahagiannya mungkin akan ketawa berderai-derai bila mendengarnya.
Lucu sangat kah ungkapan ini?
Apabila tiga “SSS” atau “Suka Sama Suka” ini menjadi penutup tirai sebuah perkahwinan, sebenarnya perkara ini bukan sesuatu yang sewajarnya dijadikan bahan ketawa.
Natijah terlerainya sebuah ikatan perkahwinan dengan perceraian setelah bertahun-tahun bercinta bukankah semestinya sesuatu yang mendukacitakan?
Ada juga yang inainya masih merah di jari tetapi mahligai perkahwinan yang baru dibina sudah bagai retak menunggu belah!
“Masalah yang sering berlaku ialah apabila mereka yang berdepan dengan situasi itu melihat perceraian sebagai satu pilihan.
“Apa yang kita boleh buat kesimpulan orang itu tidak serius tentang perkahwinan, sebab itulah mudah sangat untuk bercerai,” Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin, Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) berkongsi pandangannya dengan Bernama.
Beliau ditemui di seminar “Wanita dan Cabaran Aliran Pasca-Modenisme: Penilaian dari Perspektif Islam” anjuran Ikim dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sini baru-baru ini.
Zaleha sebelum itu menyampaikan kertas kerja bertajuk kertas kerja “Wanita Islam dan Institusi Kekeluargaan Dalam Era Pasca-Modernisme”.
Jika sebelum ini perceraian sering dianggap masalah peribadi atau masalah individu, kini ia tidak boleh dianggap begitu lagi.
Dipetik Bernama Online, Zaleha mengambil contoh apa yang berlaku di Amerika Syarikat di mana kerajaan negara itu terpaksa mengambil alih tanggungjawab untuk memastikan kepentingan isteri dan anak-anak terjaga dan terbela.
Menurut beliau, hasil penyelidikan yang dibuat, lima daripada 10 perkahwinan di Amerika Syarikat berakhir dengan perceraian.
Dalam kebanyakan kes, taraf kehidupan wanita yang bercerai menurun berbanding bekas suami yang meningkat taraf kehidupan mereka.
Wanita berkenaan terpaksa keluar bekerja dan pendapatannya terpaksa digunakan untuk menyara nafkah keluarga kerana bekas suaminya lepas tangan.
“Meskipun ada penyelesaian perceraian tetapi dari segi pelaksanaan perintah mahkamah, ia sukar dilaksanakan.
“Jadi bila ada masalah yang begitu, yang menanggung keluarga adalah perempuan dan kerajaan Amerika Syarikat terpaksa mengambil alih tanggungjawab ini atas dasar kebajikan supaya perempuan itu dan anak-anaknya tidak dizalimi,” jelasnya.
Menurut beliau, kadar perceraian yang tinggi juga mengakibatkan perubahan struktur sosial yang besar di Amerika Syarikat.
Tambahnya, jumlah ibu tunggal yang tinggi memberi kesan kepada program kebajikan yang dianjurkan kerajaan terutama kepada keluarga yang diketuai wanita berkenaan.
Perkembangan dalam negara menunjukkan gaya era pascamodernisme di Amerika Syarikat itu dari aspek institusi kekeluargaan dan keruntuhan rumah tangga sudah berjangkit ke Malaysia.
Zaleha yang memberi pandangan itu berkata situasi sedemikian sudah lama berlaku.
Beliau menyandarkan pandangannya kepada senario di mana pihak kerajaan terpaksa mengambil alih tanggungjawab menjaga keluarga yang terlibat dengan isu perceraian.
Beliau merujuk kepada Badan Sokongan Keluarga (BSK) yang ditubuhkan kerajaan untuk membantu para isteri yang bercerai tetapi tidak mendapat nafkah daripada bekas suami meskipun sudah ada perintah mahkamah.
“Dalam hal ini kerajaan mendahulukan wang untuk membantu isteri. BSK kemudian terpaksa mencari suami perempuan itu.
“Kerajaan sebagai pemerintah perlu masuk campur kerana kesan perceraian bukan sahaja kepada si isteri tetapi juga kepada anak-anak.
“Sistem perundangan yang sedia ada tidak dapat menampung keperluan dan kerajaan terpaksa mencipta satu sistem lain untuk menampung kekurangan itu.
“Persoalan yang ditimbulkan oleh penyelidik seperti saya ialah bagaimana untuk mendapatkan bapa-bapa ini melaksanakan tanggungjawab mereka, “ katanya.
Zaleha memberitahu bahawa beliau dan sekumpulan penyelidik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pernah membuat kajian pada 2006 atas permintaan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.
Kajian itu ialah untuk melihat setakat mana perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah dipatuhi suami.
Menurut beliau, hasil kajian mendapati 80 peratus perintah tidak dapat dilaksanakan.
“Jadi perintah yang diperoleh isteri hanya penghakiman atas kertas sahaja. Apa dia nak buat? Takkan nak letak dalam bingkai gambar.
“Perintah dapat cepat tapi pelaksanaan perintah adalah sukar. Jadi BSK ini digunakan sementara suami perempuan itu dapat dikesan.
“Inilah yang saya kata perceraian sudah menjadi masalah kerajaan. Individu jangan kata bercerai itu hak dia. Memang boleh bercerai tetapi anak-anak siapa nak jaga?” soal Zaleha.
Persoalannya sekarang bagaimana untuk memastikan suami dan isteri mempunyai tanggungjawab dalam diri mereka dan mengambil serius akan perkara ini.
Di dalam hal ini, Zaleha mengaitkannya dengan masalah nilai.
Menurut beliau, dalam era pascamodernisme, soal nilai dipandang enteng atau ringan.
“Sepatutnya bila kita ada kursus praperkahwinan, melalui kursus ini seseorang itu diterapkan dengan nilai-nilai bahawa perkahwinan itu perlu dilihat secara serius.
“Tetapi mencukupikah dengan dua hari untuk seseorang itu diterapkan dengan nilai yang diperlukan. Ada yang datang setakat untuk mengambil sijil! Ada juga yang minta nak datang kursus satu hari sahaja. Di mana keberkesanannya?
“Bagaimanapun, kesimpulan yang kita boleh buat bila berlaku perceraian ialah individu itu tidak serius, itulah sebabnya dia bercerai,” kata Zaleha.
Beliau turut memberi contoh kes pasangan yang menggunakan laman web sosial seperti Facebook untuk memaparkan masalah perkahwinan dan mendapatkan nasihat.
Menurutnya, orang yang begitu tidak tahu bagaimana hendak menyelesaikan masalahnya dan menggunakan facebook untuk mendapatkan nasihat kawan-kawan.
“Istilah yang kita gunakan tiada hijab dalam rumah tangga. Kenapa jadi macam itu? Sebab Facebook itu sahaja tempat dia meluaskan perasaannya. Habis semua rahsia rumah tangga didedahkan.
“Pada saya Facebook itu bukan penyebab keretakan rumah tangga. Suami isteri itu sendiri sudah ada masalah. Facebook itu hanya sebagai cara untuk mempercepat perkahwinan itu berkubur.
“Macam pisau. Ia juga boleh digunakan untuk mempertahan diri atau untuk membunuh orang,” jelas Zaleha.
Timbalan Ketua Pengarah Ikim itu seterusnya melahirkan pandangan agar para imam dapat memainkan peranan untuk membantu pasangan yang menghadapi masalah perkahwinan.
“Jika masjid ada pusat kaunseling di mana para imam dapat memainkan peranan penting, ini amat membantu.
“Para imam termasuk ustaz yang sudah bersara mempunyai ilmu yang banyak dan mereka mungkin hanya memerlukan latihan kemahiran berkomunikasi untuk menasihati pasangan yang bermasalah,” tambahnya.
Dalam masa yang sama Zaleha turut menyarankan supaya anak-anak diberi pendidikan yang seimbang, antaranya supaya mereka dapat membezakan antara baik dan buruk.
Katanya, ibu bapa mungkin berbangga anak mereka dapat menjejak kaki ke menara gading tetapi persoalannya sama ada anak itu juga cukup pendidikan agama.
“Kalau tidak, kita akan mempersoal bila dia besar nanti mengapa dia jadi seorang yang tidak seimbang, kerana pendidikan yang diterima itu sendiri tidak seimbang.
“Dia mungkin ada Ph.D tetapi ilmu agamanya hanya di peringkat tadika.
“Kesimpulannya sama ada pendidikan agama yang diperoleh di sekolah membantu dalam memandu anak-anak kita seterusnya dalam kehidupan mereka. Kehidupan di sekolah dan universiti jauh berbeza.
“Ahli-ahli pendidik semua tahu isu ini, masalah yang dihadapi di universiti. Kita terpaksa mewarisi masalah dalam sistem pendidikan kita. Untuk itu kita perlu menerapkan pendidikan yang seimbang,” tegasnya.
Zaleha turut berpandangan ibu bapa juga perlu diberi kesedaran tentang kepentingan pendidikan yang seimbang.
“Apa yang mungkin diperlukan ialah satu program kemahiran keibubapaan dalam kerangka keibubapaan Islam.
“Kami juga mungkin mencadangkan kepada Jakim untuk mengkaji keberkesanan kursus praperkahwinan, mengenal pasti masalah dan mengemukakan cadangan,” katanya.
Sementara itu, Zaleha dalam kertas kerjanya memberitahu bahawa sepertimana institusi yang lain, institusi kekeluargaan juga tidak terkecuali daripada perubahan.
Katanya, sistem nilai yang kerap berubah dan tidak ada kepastian semasa era pasca modernisme, institusi kekeluargaan dilihat sebagai satu institusi yang tidak stabil kerana nilai yang sentiasa berubah-ubah.
Bagaimanapun, Zaleha menegaskan, sebagai analogi arus perubahan ini bagaimanapun tidak boleh dibiarkan mengikut kehendak cuaca dan angin.
“Nakhoda perlu memastikan kapal tidak karam dalam badai yang melanda,” jelasnya.”
Beliau turut memberi contoh budaya hippie yang diperkenal pada tahun 1960an yang memulakan budaya baru yang sebenarnya menolak nilai budaya masyarakat Barat ketika itu.
Budaya itu, yang tidak terikat kepada sebarang nilai tertentu di bumi Amerika, kemudian berjangkit ke negara-negara luar melalui wahana muzik dan cara berpakaian di samping pengamalan seks bebas dan penggunaan dadah yang berleluasa.
Menurut beliau, sejak tahun 1980an juga hubungan sosial tidak lagi dilandaskan kepada hubungan kekerabatan dan perkahwinan tetapi lebih kepada mengikut kehendak individu.
Kebanyakan hubungan peribadi melangkaui batas hubungan biasa dengan mengagung-agungkan nilai “hak untuk melakukan apa yang saya suka” termasuk hubungan sesama jenis (pasangan gay dan lesbian).
“Berkesedudukan di luar nikah antara dua pasangan yang berlawanan jenis tidak dilihat sebagai satu isu besar dan berdosa kerana agama tidak lagi menjadi asas kepada hubungan peribadi.
“Hubungan menjadi longgar kerana masing-masing tidak ada komitmen untuk tinggal bersama selama-lamanya. Budaya ini terus disemarakkan oleh budaya Hollywood yang menjadikan bertukar-tukar pasangan itu satu kebiasaan dan patut dibanggakan,” tambahnya.
Zaleha juga berkata sesetengah pasangan menolak perkahwinan dan menganggap ia menyusahkan.
Di kebanyakan negara, hak pasangan yang bersekedudukan diiktiraf sama seperti hak suami dan isteri termasuk pembahagian harta dan penjagaan anak-anak luar nikah sekiranya mereka bersetuju untuk tidak kekal sebagai satu pasangan.
Bagi pasangan yang masih terikat dengan norma masyarakat tradisional atau mahu memuaskan hati ibu bapa mereka tetapi ingin meraikan kebebasan asasi mereka, Zaleha berkata mereka itu akan memilih untuk berada dalam perkahwinan yang terbuka.
Persetujuan itu, tambahnya, tidak hanya kepada pihak suami tetapi juga terpakai kepada isteri atas nama kesaksamaan hak.
Apa yang berlaku, jelasnya ialah amalan bertukar-tukar pasangan dan seks bebas tanpa melibatkan isu moral dan perasaan berdosa.
Ambilan dar: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/cerai-bukan-lagi-masalah-peribadi-tapi-masalah-negara/

Thursday, January 20, 2011
Tiada coretan menarik. Sekadar picisan.
Apa yang dilakukan sempena Cuti Thaipusam
-Bagun 11.30 am
-Masak Tom Yam (Ketam, Udang Lipan, Ayam etc), Ikan Bawal Putih Goreng, Telur goreng+ikan masin, ulam, air limau nipis ais. Tetamu: Dikim, Pait, Lan, Tak ingat nama (sahabat pait).
-Perut Kenyang terbongkang layan cerita Twilight (Directed by Catherine Hardwicke. Starring Kristen Stewart, Robert Pattinson, Billy Burke) + Blood Diamond (Directed by Edward Zwick. Starring Leonardo DiCaprio, Djimon Hounsou, Jennifer Connelly.
-Selepas Maghrib hantar isteri ke Klinik An-Nur (Percint 15, Putrajaya). Demam dan sakit tekak.
-Selepas Insyak makan saki baki Tom Yam, Hisap Rokok, on laptop+ broadband dan melayari internet sampai sekarang pada pukul 1.37am. [Percint 15, Putrajaya]
-Sekarang : SELAMAT MALAM!!!

Tuesday, January 18, 2011
Sunday, October 19, 2008
Adventures In Creative ThinkingHow many times have you caught yourself saying that there could be no other solution to a problem - and that problem leads to a dead end? How many times have you felt stumped knowing that the problem lying before you is one you cannot solve. No leads. No options. No solutions.
Did it feel like you had exhausted all possible options and yet are still before the mountain - large, unconquerable, and impregnable? When encountering such enormous problems, you may feel like you're hammering against a steel mountain. The pressure of having to solve such a problem may be overwhelming.
But rejoice! There might be some hope yet!
With some creative problem-solving techniques you may be able to look at your problem in a different light. And that light might just be at the end of the tunnel that leads to possible solutions.
First of all, in the light of creative problem-solving, you must be open-minded to the fact that there may be more than just one solution to the problem. And, you must be open to the fact that there may be solutions to problems you thought were unsolvable.
Now, with this optimistic mindset, we can try to be a little bit more creative in solving our problems.
Number one: maybe the reason we cannot solve our problems is that we have not really taken a hard look at what the problem is. Trying to understanding the problem and having a concrete understanding of its workings is integral in solving the problem. If you know how it works and what, exactly, the problem is, you will then have a better foundation to work on solving the problem.
Try to identify the participating entities within the problem and what their relationships are with one another. Take note of the things you stand to gain and stand to lose from the current problem. Once you do that, you will have a simple statement of what the problem is.
Number two: try to take note of all of the constraints and assumptions you have included in the scope of the problem. Sometimes it is these assumptions that obstruct our view of possible solutions. You have to identify which assumptions are valid, in which assumptions need to be addressed.
Number three: try to solve the problem in parts. Solve it going from a general view and move towards the more detailed parts of the problem. This is called the top-down approach. Write down the problem, and then break it down into manageable sections. Once you do that, come up with a one-sentence solution to each smaller portion. The solution should be a general statement of what will solve that particular portion of the problem. From here you can develop the solution further, and increase its complexity little by little.
Number four: although it helps to have critical thinking on-board as you solve a problem, you must also keep a creative, analytical voice at the back of your head. When someone comes up with a prospective solution, try to think how you could make that solution work. Try to be creative and remain open-minded tot he suggestions. At the same time, look for chinks in the armor of that solution.
Number five: it pays to remember that there may be more than just one solution being developed at one time. Try to keep track of all the solutions and their developments. There may be more than just one solution to the problem. If this is the case then you will need to eventually decide which solution is the best one.
Number six: remember the old adage "two heads are better than one." This is truer than it sounds. Always be open to new ideas. You can only benefit from listening to all the ideas each person has. This is especially true when the person you're talking to has had experience solving similar problems.
Organizing collective thought on the problem subject is much better than trying to figure it out on your own. Get yourself a "Mastermind Group" to assist you in resolving the problem satisfactorily.
Number seven: be patient. As long as you persevere and stay focused, there is always a chance that a solution will present itself. Remember that no one ever created an invention successfully the first time around.
Creative thinking exercises will also help you in your quest be a more creative problems solver. Here is one example:
Take a piece of paper and write any word that comes to mind at the center of the paper. Now look at that word, and then write the very next two words that come to your mind. This can go on until you can build a tree of related words. This helps you build logical thinking skills and fortifies your creative processes.
So, next time you see a problem you think you can't solve, don't panic. Panicking never solved anything and in most cases it will make the problem even worse! The solution might just be staring you right in the face. All it takes is just a little creative thinking, some planning, and a whole lot of perseverance.
Tuesday, October 14, 2008
Barbarisme Barat-Eropah
Garaudy, seorang pengkritik keras terhadap kebudayaan Barat Eropah, pernah menyandang jawatan Setiausaha Agung Parti Komunis Perancis dan akhirnya memeluk Islam setelah sekian lama mengkaji hubungan kebudayaan Barat dan Islam serta kecewa dengan Barat Eropah yang menganggap Islam sebagai musuh yang berbahaya.
Garaudy dengan sifatnya sebagai seorang bangsa Barat Eropah Perancis telah menentang keras sikap membuta-tuli Barat Eropah terhadap Islam dan mengingatkan hutang budi Barat Eropah kepada Islam yang tidak putus membantu pengetahuan Barat dalam menyuburkan seni, sains, sastera dan falsafah.
Bahkan Garaudy berkesimpulan bahawa Timur lebih maju daripada Barat Eropah yang belum cukup beradab, menjajah dan memanipulasi hasil bumi serta menebal rasisnya.
Garaudy menyuarakan pandangannya itu pada awal tahun 1980-an dan kebenaran pandangannya tetap relevan sehingga kini. Ini terbukti apabila di koloni Jerman baru-baru ini telah diadakan Kongres Antarabangsa anti-Islam yang mendapat tentangan dari Malaysia.
Memang sejarah Barat Eropah adalah sejarah berperang. Mereka menawan bangsa-bangsa bukan Eropah dengan begitu kejam sekali untuk mendirikan negara-negara baru dan empayar-empayar mereka.
Kerakusan ini diteruskan atas nama menghapuskan terorisme global dan pemusnahan senjata nuklear. Ketika berlakunya serangan 11 September terhadap bangunan World Trade Center, New York, mereka menjadikan alasan terbaik bagi bangsa Anglo-Saxon Eropah untuk kembali ganas dan bengis serta menjustifikasikan alasan-alasan untuk melancarkan serangan terhadap orang-orang Islam sama ada yang bersalah atau tidak.
Mereka ingin menunjuk kepada dunia bahawa mereka kuat dan sesiapa yang mencabar mereka akan diserang oleh tentera habis-habisan. Ziauddin Sardar, Ashis Nandy dan Merryl Wyn Davies dalam buku Barbaric Others: A Manifesto on Western Racism telah membahaskan dengan menarik bagaimana Barat Eropah melihat bangsa bukan Eropah sebagai biadab, hamba yang boleh dipergunakan sewenang-wenangnya.
Dengan berhujah bahawa sejak Christopher Columbus eksplorasi belayar untuk mencari dunia baru pada 1492, hasrat dan niat buruk Barat Eropah untuk mendominasi bangsa lain jelas terserlah.
Istilah Barbaric Other yang digunakan oleh Sardar sebenarnya menggambarkan kebalikkan bahawa Barat Eropah sebenarnya yang barbaric dan bukannya bangsa bukan Eropah yang diperanginya.
Namun, dengan perangkap psikologi, bangsa bukan Eropah telah berjaya diideologikan sebagai bangsa barbaric yang mundur dan perlu diberi tunjuk ajar untuk hidup dengan lebih bertamadun.
Menurut Sardar dan rakannya lagi, ideologi Barat Eropah sebagai suatu yang superior akhirnya menemukan tempat dalam hal-hal kebudayaan seperti perfileman dan puluhan hasil sastera sehingga segala-galanya harus dilihat dari kaca mata Barat Eropah yang menguasai.
Dalam karya-karya filem seperti Salvador arahan Oliver Stone dan Apocalypse Now arahan Francis Ford Coppola menggambarkan betapa operasi-operasi CIA berjaya menumpaskan penduduk tempatan yang gilakan kuasa dan akhirnya CIA berjaya mengembalikan keamanan dengan melantik 'orang-orang' yang disukainya.
Ini membenarkan apa yang dikatakan oleh sasterawan Inggeris, Joseph Conrad dalam Nostromo: A Tale of the Seaboard iaitu: "Kita orang Barat akan menentukan siapa penduduk asli yang baik atau yang jahat untuk mewakili kita. Kita ciptakan mereka, kita ajarkan mereka untuk berbicara dan berfikir, dan ketika mereka memberontak, mereka hanya menegaskan pandangan kita terhadap mereka sebagai anak-anak yang bodoh."
Bagi Sardar, perjumpaan Dunia Baru Columbus merupakan simbol kepada kerakusan dan kekejaman Barat Eropah yang tidak henti-henti menguasai bangsa-bangsa lain dan terus menerus mencari wilayah baru untuk ditaklukinya.
Hari ini, mereka terus menjumpainya dan menguasainya atas nama globalisasi, IMF, Cyberspace, terorisme, hak asasi manusia, hak-hak wanita dan bermacam-macam lagi.
Bangsa Barat Eropahlah yang sebenarnya barbaric. Dalam Kamus Inggeris-Melayu terbitan Utusan Publications, barbaric bererti biadab, ganas, kasar, kejam, bengis, dan manusia yang tidak bertamadun. Kesemua sifat ini terdapat dalam bangsa Barat Eropah yang kita kenali hari ini.
Namun untuk menghadapi kerakusan bangsa Barat Eropah yang barbaric ini tidaklah semudah yang disangka. Ini kerana mereka telah menjelma sebagai penentu agenda dalam segala hal sehingga kita sukar untuk lari daripada pergantungan terhadap mereka.
Lihatlah produk-produk sampah mereka seperti filem-filem Terminator dan Collateral Damage yang terus menguasai benak-benak kita; produk-produk makanan segera mereka terus menyelerakan kita sehingga pada saat-saat tertentu, kita sendiri menghadapi kesukaran untuk merumuskan jati diri kita sendiri. Itulah bangsa Barat Eropah yang barbaric yang cukup hebat dan licik.
Kita tetap tinggal sebagai bangsa Timur-Islam yang halus pekertinya tetapi hebat dimanipulasikan.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1014&pub=Kosmo&sec=Akademi&pg=ak_03.htm
Oleh SHAHAROM TM SULAIMAN
shaharomtm@yahoo.com
Saturday, April 19, 2008
Mendepani Globalisasi dan mengatasi masalah pemimpin: Suatu sumbangan karya Agung dalam Kesusteraan Melayu Tradisional (Taj al-Salatin karya Bukhari Al-Jauhari di karang di Acheh pada tahun 1603 zaman pemerintahan Sultan Alauddin Ri'ayat Syah Sayid al-Mukammil)Dalam menghadapi globalisasi, kesusteraan Melayu merupakan satu ruang ilmu yang cukup luas untuk diadaptasikan dengan kehidupan manusia sejagat terutamanya masyarakat nusantara. Sastera ketatanegaraan merupakan satu cerminan bagi setiap pemimpin yang bersifat didaktik. Genre ini memberi garis panduan kepada pemimpin untuk melahirkan pemimpin yang mempunyai daya kepimpinan yang berteraskan nilai-nilai Islam bagi kemakmuran sejagat. Sastera ketatanegaraan juga membincangkan persoalan pentakbiran dan pemerintahan bagi sesebuah negara namun bukan undang-undang yang digubal berteraskan sistem politik.
Teks Tajus al-Salatin karangan Bukhari Al-Jauhari telah menganjurkan suatu tatacara, ciri-ciri kepimpinan, penerangan, panduan, nasihat dan pengalaman-pengalaman yang berguna bagi melahirkan pemimpin yang berkualiti dan sejajar dengan tuntutan Islam. Kehadiran genre ini membawa satu pengajuran konsep pentakbiran yang berteraskan Islam bagi menegakkan keadilan untuk dinikmati faedahnya sesama insan. Masyarakat Nusantara sememangya berpegang teguh dengan ajaran Islam. Nilai-nilai Islam menjadi teras dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Tanggungjawap sebagai khalifah dimuka bumi digarapkan dengan jelas dalam teks ini. Dalam teks ini telah dirumuskan 10 ciri yang boleh diketengahkan sebagai kriteria pemimpin yang adil dan sangat bermanfaat untuk pemimpin di zaman serba canggih ini. Kesemua ciri menganjurakan agar pemimpin seharusnya memiliki kualiti diri yang positif. Hal ini boleh dibandingkan dengan II Prince (1977) karya Niccolo Machiavelli yang digunakan sebagai rujukan kepada pemimpin jelas sekali dapat dilihat perbezaanya dengan Tajus al-Salatin dari aspek matlamat dan fungsinya. II Prince menggalakkan para pemimpin supaya berjaya dalam kerjaya dan kehidupanya dalam apa cara sekalipun sama ada baik atau buruk dan situasi ini amat berbeza dengan konteks adab dan Islam. Teks Tajus al-Salatin lebih menitik beratkan tentang adil dan keadilan. Mengamalkan keadilan akan dapat melahirkan pemimpin yang patuh kepada Allah dengan mengekalkan sifat adil lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang lebih mencabar ini.
Walaupun negara sedang medepani globalisasi di zaman moden ini namun genre ini sastera ketatanegaraan seperti Tajus al-Salatin ini wajar dipopularkan termasuk membudayakan amalan dan nasihat yang dianjurkan oleh Bukhari Al-Jauhari yang berteraskan Islam. Karya ini sewajarnya dijadikan rujukan bagi bakal-bakal pemimpin di Malaysia-Indonesia mahupun seluruh Nusantara. Hal ini penting dalam menghadapi era globalisasi ini perlu wujud kemakmuran bersama yang harus berkekalan di rantau ini selain mengenali dan menghargai warisan pemikiran Melayu itu sendiri. Intipati dan kanduganya boleh menjadi panduan kepada pemimpin dan individu yang bergelar khalifah di muka bumi ini. Ianya sesuai dijadikan rujukan lebih-lebih lagi dalam menangani masalah sosial yang kini boleh dianggap seiring dengan pembagunan. Manusia yang semakin membangun kadang kala tidak mengunakan akal yang dianugerahkan dengan sebaiknya kerana lupa akan kurniaan Allah s.w.t adalah untuk tujuan kebaikan. Jatuh bagun sesebuah negara adalah terletak kepada pemimpinya, seandainya pemimpin menggunakan akalnya dengan sia-sia maka kerajaan yang dipimpinya juga akan menjadi musnah dan sia-sia.
Walaupun karya ini harus menjadi rujukan pemimpin tetapi ia juga khusus kepada setiap individu. Setiap invidu adalah pemimpin sekurang-kurangya pada diri sendiri dan keluarga. Oleh itu, panduan yang telah sedia ada dicipta atas pemikiran Melayu sendiri dan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah merupakan sumbangan yang amat bermakna bagi karya kesusteraan Melayu Tradisional yang boleh dimanfaatkan oleh semua khalayak dan pemimpin serta seluruh manusia sejagat.
*Ini ulasan atau ringkasan saya terhadap artikel Medepani Globalisasi: Suatu sumbangan Kesusteraan Melayu dari Dr Saiful Bahri Md Radzi. Teks Tajus Al-Salatin karya Bukhari al-Jauhari merupakan genre ketatanegaraan. Kepada orang-orang "kenamaan" Malaysia harus dibaca buku ini. Bukankah sastera itu indah. Sejarahkan sesuatu yang berguna untuk masa depan? 2008-1603=405 tahun dah berlalu.... Daulat Tuanku!

Monday, April 14, 2008
Tajus Salatin (The Crown of Sultans) of Bukhari al-Jauhari as a conical work and attempt create a Malay literary canon
Secara umumnya, ‘canon’ bermaksud satu kumpulan tulisan yang diterima sebagai sahih. Namun demikian terdapat pelbagai andaian mengenai definisi sebenarnya. Apa yang dapat disimpulkan mengenainya ialah ‘literary canon’ merupakan himpunan hasil karya asli yang mempunyai makna yang kukuh, ada unsur tradisional dan dikenali umum. Ia juga dilihat sebagai satu himpunan peraturan berkaitan sastera dan membentuk satu model struktur yang menggambarkan nilai estetika tersendiri. Hasil karya berunsurkan keagamaan pula dijadikan penentuan awal dalam bentuk dan isi kandungan suatu karya.
Tajus Salatin atau ‘Mahkota Raja-Raja’ merupakan kitab pertama dalam sastera Melayu Islam yang membicarakan mengenai etika, politik dan pemerintahan yang ditulis oleh Bukhari al-Jauhari pada tahun 1603M. Kitab ini dilihat sebagai satu hasil karya agung dan sempurna serta banyak mempengaruhi hasil karya Melayu yang lain contohnya Hikayat Bakhtiar, Hikayat Isma Yatim dan Salasilah Kutai. Pengarang kitab ini banyak merujuk ayat-ayat al-Quran dan Hadis serta hikmah yang dikemukakan oleh para cendiakawan dan ulama terkemuka dalam penghasilan kitab ini. Pengaruh al-Quran dalam Tajus Salatin ini dapat dilihat dari pelbagai aspek iaitu dari segi gaya bahasa, penyampaian mesej mahupun penyusunan isi kandungan dalam kitab. Setiap mesej yang hendak disampaikan oleh pengarang kepada pembaca dikarang menggunakan kata-kata yang indah dan tepat. Setiap bab disusun membentuk satu unit yang menyeluruh mengikut corak pelan yang sama. Isi kandungannya juga digarap dengan baik iaitu dimulai dengan isu ketuhanan dan seterusnya kepada isu kepimpinan dan etika.
Pengarang kitab ini menjadikan konsep keadilan sebagai titik fokus atau aspek terpenting dalam kitabnya. Aspek-aspek lain seperti kejujuran, murah hati dan sebagainya menjadi aspek sokongan dalam kitab ini yang dapat membantu pemerintah menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna.
Oleh sebab itu, kitab ini amat sesuai untuk dijadikan bahan bacaan utama kepada pemerintah negara, golongan bangsawan, para menteri serta rakyat biasa sebagai rujukan. Setiap bahagian dalam kitab ini dihuraikan secara terperinci beserta kisah-kisah teladan atau puisi supaya pembaca dapat memahaminya dengan jelas. Topik-topik dalam kitab ini disusun secara teratur di mana suatu topik yang akan dibincangkan dalam bahagian tersebut akan terlebih dahulu diutarakan dalam bentuk persoalan dan selepas itu barulah perbincangan mengenainya dihurai dengan jelas.
Dapat disimpulkan di sini bahawa Tajus Salatin adalah merupakan hasil karya yang merangkumi keseluruhan ilmu pengetahuan dalam Islam dengan memberi penekanan kepada aspek keadilan dan pemerintahan. Namun demikian, dalam kesusasteraan Melayu, kitab Tajus Salatin ini tidak boleh dikatakan sebagai satu hasil kerja yang sahih atau asli kerana terdapat satu sistem hirarki yang menggambarkan keaslian suatu karya. Dalam satu sudut yang lain pula, kitab ini memperlihatkan hasil penulisan yang hebat walaupun isi kandungannya banyak diambil dari karya-karya terkemuka lain dan digarap sendiri oleh pengarangnya. Percubaan untuk menjadikan Tajus Salatin sebagai penulisan sahih dalam sastera Melayu kurang berjaya kerana masih terdapat banyak lagi hasil penulisan yang hebat dalam kesusasteraan Melayu yang terkenal dengan asas retorik yang mencerminkan budaya keIslaman.

Tuesday, April 08, 2008
BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH - DON'T BUY!!
Umat Islam memandang serius filem FITNA yang dihasilkan oleh Geert Wilders, seorang ahli parlimen Belanda, yang kini ditayangkan di dalam internet di seluruh dunia melalui youtube.
Filem Fitna itu, yang disiarkan selama 15 minit dalam sebuah laman web pada 27 Mac, mengkritik Islam, dan ayat Qur'an digunakan dengan sewenang-wenangnya dan tidak mengikut konteks.
Ahli majlis perundangan Belanda Geert Wilders menerbitkan filem itu, yang menunjukkan kenyataan daripada paderi yang radikal dan menyebut surah Al-Quran dengan diselitkan imej serangan 11 Sept terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, pengeboman kereta api penumpang di Madrid, Sepanyol pada 2004 dan pembunuhan pengeluar filem Belanda Theo van Gogh di Amsterdam street pada akhir tahun itu.
Sedikit tentang sibangsat Geert Wilder. Beragama Roman Katholik dan pernah berjuang bersama tentera Israel.. Si Bangsat ini pernah menyaran umat Islam negaranya supaya mengoyak Al Quran jika ingin menetap di Belanda. Juga pernah menyatakan bahawa sekiranya Nabi Junjungan kita masih hidup, baginda akan disenaraikan sebagai pengganas. Kenali Musuh anda !!!
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Dr Mahathir semalam agar produk Belanda dipulaukan hanya mendapat perlian sinis daripada blog pro-zionis dan anti-Islamis seperti Jihad watch dan sebagainya.
Mereka berkata bahawa negara Belanda akan lebih kaya jikalau produk mereka di pulaukan oleh orang Islam kerana negara Eropah pula yang akan membeli produk mereka. Malah mereka memerli dengan mengatakan ekonomi mereka tidak terjejas dengan pemulauan produk ini kerana negara Islam adalah negara miskin. Denmark pernah mengalami kerugian USD 1.5 juta sehari kerana pemulauan barangan mereka.
Maka, marilah kita sama-sama melaksanakan kewajipan ini agar penghinaan kepada Islam mendapat pembalasan yang sewajarnya.
Saya menyeru agar semua pembaca bersama-sama memboikot produk yang dihasilkan oleh Belanda.
BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH - DON'T BUY!!
1. Dutch Lady - Susu
2. Ferrero Roche - Coklat
3. Wall's - Ais Krim
4. Ing -Insurans
5. Planta -Magerin
6. Lady's Choice -Magerin
7. Lipton -Teh
8. Shell -Minyak
9. Knorr -Perisa Makanan
10. Dove -Mandian
11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
12. Radiant -Deodoran
13. Rexona -Deodoran
14. Ponds -Produk Kecantikan
15. Kieldsens -Coklat
16. Slimfast -Produk Pelangsing
17. Lego -Kismis
18. Philips -Barangan Elektrik
19. Duyvis -Makanan Ringan
20. Gouda -Keju
21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
24. Labello -Lip Balm
25. Pickwick -Teh
26. Venz -Mentega Coklat
27. Kinder Bueno -Coklat
28. Unilever -Syarikat
29. Dumex -Susu Tepung
30. Nutricia -Susu Bayi
31. Sunsilk -Shampoo
32. Fair & Lovely -Produk Kecantikan
33. Lux -Mandian
34. Vaseline -Lip Balm
35. Cif -Pencuci Lantai
36. Surf -Pencuci Kain
37. Wishbone -Pencuci Kain
38. Doriana - Keju Krim
39. Bertolli -Minyak Masak
40. Clear -Shampoo
41. Breeze -Pencuci Kain
42. Sun -Pencuci Kain

*Sudah lama tidak menulis atau "cut and Paste" artikel-artikel yang bagus. Last post 3 november 2007. Minta maaf pada rakan-rakan. Lebih kepada membaca blog-blog orang lain. Seperti sedia maklum, isu sekarang sangat banyak dan panas. Mohon kebenaran kepada tuan punya artikel. Tak tahu siapa yang menulis. Namun atas kesedaran "cut and paste" juga dekat blog ini. Minta kebenaran.
Subscribe to:
Posts (Atom)