Saturday, November 03, 2007

Tanggapan umum orang barat terhadap masyarakat Melayu zaman kolonial

Tulisan terawal tentang orang Melayu telah ditulis oleh Tome Pires. Menurut beliau, mereka (orang Melayu) adalah bangsa yang pencemburu kerana para isteri orang-orang penting tidak pernah telihat dimuka umum.

- seorang pegawai Portugis telah menghuraikan penampilan dan pakaian orang Melayu seterusnya beliau menyatakan bahawa kebanyakan mereka menyenangkan, nakal dan sanggat ceroboh. Mereka juga berakal dan cerdas tetapi mengabaikan pelajaran dan sastera. Beliau juga membandingkan perlakuan golongan bangsawan dengan rakyat biasa. Menurutnya para bangsawan mengisi waktu dengan menyabung ayam dan muzik

- John Francis Gamelli Careri yang datang ke Melaka pada 1665 beliau menyatakan orang-orang Melayu (Minangkabau) yang beragama Islam adalah para pencuri yang handal

- DE Vellez Guirrero seorang kapten Portugis menyatakan orang Melayu biadap.

- Francois Valentyn (Belanda) yang menyatakan orang Melayu lincah, lucu, cerdik, berbakat dan yang paling sopan santun dari dunia timur.

Imej Orang Melayu dimata Inggeris pada akhir abad ke-19 dan abad ke-20

- Sweettenham adalah sama yang diutarakan oleh Raffles. Tetapi beliau telah menambah iaitu orang Melayu mempunyai sifat enggan bekerja dan sorang Muslim yang fatalis yang sangat mempercayai tahayul disamping itu orang-orang Melayu juga mempunyai ciri-ciri kesetiaan khususnya kepada pemerintah, ramah tamah, bermurah hati tetapi mempunyai sifat boros.

- Bagi Clliford beliau membandingkan masyarakat Melayu pantai barat dengan pantai timur. Penduduk dipantai barat dianggap bodoh, lemah dan beradab manakala masyarakat Melayu pantai timur kurang beradab. Seterusnya Clifford membandingkan masyarakat Melayu Terengganu dan Pahang, menurut beliau orang dari Pahang berfikiran maju tentang ketenteraan suka bercinta dan gemar bersabung ayam. Ini menampakkan masyarakat ini tidak beragama tidak intelek dan anggkuh. Mereka juga sanggup memberi kesetiaan luar biasa kepada para pemimpin. Manakala tentang masyarakat Melayu Terengganu beliau menyatakan bahawa mereka ini sukakan kedamaian dan suka bekerja tetapi kurang memberi kesetiaan kepada pemerintahan.

- Lantah ini berlaku tanpa disedari. Orang yang melatah suka meniru gaya orang yang mengusiknya dan sering disertai bahasa yang tidak sopan ada kalanya latah ini berlangsung selama berjam-jam sehingga orang yang melatah keletihan

- Sir Richard Winsted -ketidakaslian dikalangan masyarakat Melayu, kebanggaan terhadap bangsa mereka. Kemampuan menyesuaikan diri dan yang pentingnya jolokan kemalasan.

Konsep kerajinan dan kemalasan di kalagan orang Melayu

- Para penulis kolonial Eropah senang sekali membicarakan peristiwa sensasi tentang kehidupan peribumi sebagai sebahagian daripada berbagai-bagai usaha mereka untuk menggambarkan sifat masyarakat peribumi. Dalam hal ini, ilmuan kolonial amatur yang cenderung membuat berbagai-bagai penilaian yang tidak berasas tentang masyarakat peribumi, sejarah, kebudayaan dan agamanya.

- Raffles juga mempunyai ciri pembawaan yang lain iaitu menganggap bahawa orang Melayu itu malas contohnya ketika mempunyai beras mereka tidak bekerja kerana tiada rangsangan untuk terus mencari rezeki. Selain itu beliau juga menyatakan bahawa orang Melayu suka membalas dendam. Keris telah diggunakan sebagai alat perkelahian. Orang Melayu juga peka terhadap hinaan dan benci pada perdamaian yang dipaksakan oleh pihak lain.

- menganggap Islam alat pemecah belah persatuan suku Melayu. Ia menganggap masyarakat Melayu dahulu tentulah satu bangsa, berbicara satu bahasa memelihara watak dan adat istiadat mereka semua negara kepulauan yang mencakupi Filipina, Sumatera dan Irian Barat. Disini menurut beliau agama Hindu dan Islam menyababkan kepelbagaian yang lebih jauh kesanya mengakibatkan tidak ada sistem undang-undang yang diterapkan dengan baik dan seragam. Dalam hal ini jika Raffles benar-benar seorang ilmuan sejati, sudah tentu ia dapat membezakan perbezaan suku, bahasa, politik, dan agama masyarakat Melayu telah ada jauh sebelum pengIslaman daerah tersebut.

Kesimpulan

- Kemalasan yang dilabelkan kepada peribumi Melayu adalah tidak berasas. Penjelasan ini jelas terbukti melalui beberapa pandangan tokoh yang dimuatkan dalam buku-buku mereka. Sebelum itu perlu dijelaskan bahawa sesungguhnya penulis kolonial Eropah sememangnya amat senang sekali membicarakan tentang peristiwa sensasi, mengembar-gemburkan kemalasan peribumi Melayu di Asia semata-mata untuk mengangkat martabat bangsa Eropah itu sendiri. Kenyataan ini demikian sifatnya, lantaran mereka hanya melihat kemalasan itu dari aspek yang sempit sahaja. Dalam hal ini mereka seharusnya memandang secara global sebelum melabelkan kemalasan itu. Dalam hubungan ini, sifat malas itu merupakan fitrah semulajadi yang ada pada setiap manusia

Ini adalah sebahagian ringkasan daripada kerja-kerja saya. Rujukan yang saya gunakan tidak dinyatakan sebab saya malas nak mencari kembali. Cuma disini saya nak minta pendapat anda pula bagaimana dengan zaman sekarang?

11 comments:

Anonymous said...

Wahlatoiiii...hebat...nye sdr ni.isk..isk..isk..Melayulah satu-satunya bangsa yang suka mengeji, mentertawakan dan mengecil-ngecilkan bangsanya sendiri. Jarang kita tengok, lihat, dengar, bangsa lain mengejek-ngejek bangsanya sendiri, waemah macam mana teruk mana sekalipun bangsa atau negara mereka, mereka tetap mempertahankannya.
Orang Melayu terutamanya yang dah berjaya di luar negeri pula seolah-olah mengatakan, "Sayalah dari Malaysia, bangsa saya semuanya bodoh, kecuali saya."
Tahniahlah kepada sesiapa yang telah membuktikannya.
Hiduplah Melayu!

ps:betul ke?hmm..apa pun,anda telah membuktikannya..tahniah laa~

-enchik sedih dgn anda-

Anonymous said...

wahai anonimos, mane ko tau bangse melayu je yg wat cmtu. kt dunia ni bersepah² lg bangse, ko dh kaji sume ke..sila luaskan skop pemikiran anda.

Mazuwan Murad said...
This comment has been removed by the author.
Mazuwan Murad said...

Pada encik sedih dengan saya terima kasih atas komen anda. Saya setuju dengan pendapat anda. Saya sendiri pernah melakukan antara perkara sedemikian. (Secara segaja atau tidak)^_^ . Mungkin apa yang diperkatakan oleh anda juga sebenarnya terdapat pada bangsa lain (mungkin sebahgian). Apa-apa pun terima kasih pasal komen.

Mazuwan Murad said...

Kepada kopi3310. Saya terima juga pendapat anda, mungkin bangsa lain juga mempunyai sifat sedemikian tapi kita kena terima apa yang disampaikan oleh en. Sedih itu sebenarnya ada kebenaran mungkin juga sebagai hakikat yang kita kena kata "ada""memang". Terima kasih atas komen anda

Anonymous said...

ala... Melayu memang pemalas pon!...

Mazuwan Murad said...

Kalau anda menyatakan Melayu itu pemalas.Itu pendapat anda. Terima kasih.

Anonymous said...

Pemalas jika kamu yg hendakkan keadaan begitu..sumenye 'mind control'. anda boleh kawal diri anda jika anda mahu dan besungguh di samping berdoa dan bertawakal...

PANGASIUS said...

APA BENDA NIE! DUNIA SUDAH MAHU KIAMAT KE? HAHAHAHAHA....... TAPI APSAL ADA BANYAK BANGSA MANA LETAKNYA KELEBIHAN SESUATU BANGSA? KALAU TIADA, ADAKAH 'DIA' TIDAK ADIL? PEDULI APA DENGAN ORANG KATA JALAN SAJALAH.

Nizam Gtz said...

Mungkin ada jua kebenarannya yang menyatakan bangsa melayu ini lemah dan tidak berdaya saing... Namun, pendapat ini dimansuhkan oleh beberapa perkara yang jelas kelihatan di mata. Contohnya, orang melayu telah sampai ke kutub utara dan ke puncak yang tertinggi di dunia.

Masakan melayu itu lemah dan tidak berdaya saing jika orang melayu itu sendiri sudah pandai mencipta jarum... malah otomobil pun boleh...

Bukankah Melaka pernah menjadi tempat perdagangan entreport?
Bukankah sejak zaman berzaman mereka menjadi pedagang, pelaut malah penakluk terkemuka (sejarah panglima hitam dan Magellan)...
Bukankah Pemerintahan Acheh dan Johor Riau Lingga terlalu kuat sehinggakan Portugis tidak dapat menghalau mereka?

Anonymous said...

hmm...memangla secara sejarahnya melayu bangsa yg berjaya dulu2. malah bahasa kita pun menjadi lingua franca d kalangan para pedagang. TETAPI itu hanya sejarah meh..