Saturday, April 19, 2008

Mendepani Globalisasi dan mengatasi masalah pemimpin: Suatu sumbangan karya Agung dalam Kesusteraan Melayu Tradisional (Taj al-Salatin karya Bukhari Al-Jauhari di karang di Acheh pada tahun 1603 zaman pemerintahan Sultan Alauddin Ri'ayat Syah Sayid al-Mukammil)

Dalam menghadapi globalisasi, kesusteraan Melayu merupakan satu ruang ilmu yang cukup luas untuk diadaptasikan dengan kehidupan manusia sejagat terutamanya masyarakat nusantara. Sastera ketatanegaraan merupakan satu cerminan bagi setiap pemimpin yang bersifat didaktik. Genre ini memberi garis panduan kepada pemimpin untuk melahirkan pemimpin yang mempunyai daya kepimpinan yang berteraskan nilai-nilai Islam bagi kemakmuran sejagat. Sastera ketatanegaraan juga membincangkan persoalan pentakbiran dan pemerintahan bagi sesebuah negara namun bukan undang-undang yang digubal berteraskan sistem politik.

Teks Tajus al-Salatin karangan Bukhari Al-Jauhari telah menganjurkan suatu tatacara, ciri-ciri kepimpinan, penerangan, panduan, nasihat dan pengalaman-pengalaman yang berguna bagi melahirkan pemimpin yang berkualiti dan sejajar dengan tuntutan Islam. Kehadiran genre ini membawa satu pengajuran konsep pentakbiran yang berteraskan Islam bagi menegakkan keadilan untuk dinikmati faedahnya sesama insan. Masyarakat Nusantara sememangya berpegang teguh dengan ajaran Islam. Nilai-nilai Islam menjadi teras dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Tanggungjawap sebagai khalifah dimuka bumi digarapkan dengan jelas dalam teks ini. Dalam teks ini telah dirumuskan 10 ciri yang boleh diketengahkan sebagai kriteria pemimpin yang adil dan sangat bermanfaat untuk pemimpin di zaman serba canggih ini. Kesemua ciri menganjurakan agar pemimpin seharusnya memiliki kualiti diri yang positif. Hal ini boleh dibandingkan dengan II Prince (1977) karya Niccolo Machiavelli yang digunakan sebagai rujukan kepada pemimpin jelas sekali dapat dilihat perbezaanya dengan Tajus al-Salatin dari aspek matlamat dan fungsinya. II Prince menggalakkan para pemimpin supaya berjaya dalam kerjaya dan kehidupanya dalam apa cara sekalipun sama ada baik atau buruk dan situasi ini amat berbeza dengan konteks adab dan Islam. Teks Tajus al-Salatin lebih menitik beratkan tentang adil dan keadilan. Mengamalkan keadilan akan dapat melahirkan pemimpin yang patuh kepada Allah dengan mengekalkan sifat adil lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang lebih mencabar ini.

Walaupun negara sedang medepani globalisasi di zaman moden ini namun genre ini sastera ketatanegaraan seperti Tajus al-Salatin ini wajar dipopularkan termasuk membudayakan amalan dan nasihat yang dianjurkan oleh Bukhari Al-Jauhari yang berteraskan Islam. Karya ini sewajarnya dijadikan rujukan bagi bakal-bakal pemimpin di Malaysia-Indonesia mahupun seluruh Nusantara. Hal ini penting dalam menghadapi era globalisasi ini perlu wujud kemakmuran bersama yang harus berkekalan di rantau ini selain mengenali dan menghargai warisan pemikiran Melayu itu sendiri. Intipati dan kanduganya boleh menjadi panduan kepada pemimpin dan individu yang bergelar khalifah di muka bumi ini. Ianya sesuai dijadikan rujukan lebih-lebih lagi dalam menangani masalah sosial yang kini boleh dianggap seiring dengan pembagunan. Manusia yang semakin membangun kadang kala tidak mengunakan akal yang dianugerahkan dengan sebaiknya kerana lupa akan kurniaan Allah s.w.t adalah untuk tujuan kebaikan. Jatuh bagun sesebuah negara adalah terletak kepada pemimpinya, seandainya pemimpin menggunakan akalnya dengan sia-sia maka kerajaan yang dipimpinya juga akan menjadi musnah dan sia-sia.

Walaupun karya ini harus menjadi rujukan pemimpin tetapi ia juga khusus kepada setiap individu. Setiap invidu adalah pemimpin sekurang-kurangya pada diri sendiri dan keluarga. Oleh itu, panduan yang telah sedia ada dicipta atas pemikiran Melayu sendiri dan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah merupakan sumbangan yang amat bermakna bagi karya kesusteraan Melayu Tradisional yang boleh dimanfaatkan oleh semua khalayak dan pemimpin serta seluruh manusia sejagat.

*Ini ulasan atau ringkasan saya terhadap artikel Medepani Globalisasi: Suatu sumbangan Kesusteraan Melayu dari Dr Saiful Bahri Md Radzi. Teks Tajus Al-Salatin karya Bukhari al-Jauhari merupakan genre ketatanegaraan. Kepada orang-orang "kenamaan" Malaysia harus dibaca buku ini. Bukankah sastera itu indah. Sejarahkan sesuatu yang berguna untuk masa depan? 2008-1603=405 tahun dah berlalu.... Daulat Tuanku!

Monday, April 14, 2008

Tajus Salatin (The Crown of Sultans) of Bukhari al-Jauhari as a conical work and attempt create a Malay literary canon

Secara umumnya, ‘canon’ bermaksud satu kumpulan tulisan yang diterima sebagai sahih. Namun demikian terdapat pelbagai andaian mengenai definisi sebenarnya. Apa yang dapat disimpulkan mengenainya ialah ‘literary canon’ merupakan himpunan hasil karya asli yang mempunyai makna yang kukuh, ada unsur tradisional dan dikenali umum. Ia juga dilihat sebagai satu himpunan peraturan berkaitan sastera dan membentuk satu model struktur yang menggambarkan nilai estetika tersendiri. Hasil karya berunsurkan keagamaan pula dijadikan penentuan awal dalam bentuk dan isi kandungan suatu karya.

Tajus Salatin atau ‘Mahkota Raja-Raja’ merupakan kitab pertama dalam sastera Melayu Islam yang membicarakan mengenai etika, politik dan pemerintahan yang ditulis oleh Bukhari al-Jauhari pada tahun 1603M. Kitab ini dilihat sebagai satu hasil karya agung dan sempurna serta banyak mempengaruhi hasil karya Melayu yang lain contohnya Hikayat Bakhtiar, Hikayat Isma Yatim dan Salasilah Kutai. Pengarang kitab ini banyak merujuk ayat-ayat al-Quran dan Hadis serta hikmah yang dikemukakan oleh para cendiakawan dan ulama terkemuka dalam penghasilan kitab ini. Pengaruh al-Quran dalam Tajus Salatin ini dapat dilihat dari pelbagai aspek iaitu dari segi gaya bahasa, penyampaian mesej mahupun penyusunan isi kandungan dalam kitab. Setiap mesej yang hendak disampaikan oleh pengarang kepada pembaca dikarang menggunakan kata-kata yang indah dan tepat. Setiap bab disusun membentuk satu unit yang menyeluruh mengikut corak pelan yang sama. Isi kandungannya juga digarap dengan baik iaitu dimulai dengan isu ketuhanan dan seterusnya kepada isu kepimpinan dan etika.

Pengarang kitab ini menjadikan konsep keadilan sebagai titik fokus atau aspek terpenting dalam kitabnya. Aspek-aspek lain seperti kejujuran, murah hati dan sebagainya menjadi aspek sokongan dalam kitab ini yang dapat membantu pemerintah menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna.

Oleh sebab itu, kitab ini amat sesuai untuk dijadikan bahan bacaan utama kepada pemerintah negara, golongan bangsawan, para menteri serta rakyat biasa sebagai rujukan. Setiap bahagian dalam kitab ini dihuraikan secara terperinci beserta kisah-kisah teladan atau puisi supaya pembaca dapat memahaminya dengan jelas. Topik-topik dalam kitab ini disusun secara teratur di mana suatu topik yang akan dibincangkan dalam bahagian tersebut akan terlebih dahulu diutarakan dalam bentuk persoalan dan selepas itu barulah perbincangan mengenainya dihurai dengan jelas.

Dapat disimpulkan di sini bahawa Tajus Salatin adalah merupakan hasil karya yang merangkumi keseluruhan ilmu pengetahuan dalam Islam dengan memberi penekanan kepada aspek keadilan dan pemerintahan. Namun demikian, dalam kesusasteraan Melayu, kitab Tajus Salatin ini tidak boleh dikatakan sebagai satu hasil kerja yang sahih atau asli kerana terdapat satu sistem hirarki yang menggambarkan keaslian suatu karya. Dalam satu sudut yang lain pula, kitab ini memperlihatkan hasil penulisan yang hebat walaupun isi kandungannya banyak diambil dari karya-karya terkemuka lain dan digarap sendiri oleh pengarangnya. Percubaan untuk menjadikan Tajus Salatin sebagai penulisan sahih dalam sastera Melayu kurang berjaya kerana masih terdapat banyak lagi hasil penulisan yang hebat dalam kesusasteraan Melayu yang terkenal dengan asas retorik yang mencerminkan budaya keIslaman.

Tuesday, April 08, 2008

BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH - DON'T BUY!!

Umat Islam memandang serius filem FITNA yang dihasilkan oleh Geert Wilders, seorang ahli parlimen Belanda, yang kini ditayangkan di dalam internet di seluruh dunia melalui youtube.

Filem Fitna itu, yang disiarkan selama 15 minit dalam sebuah laman web pada 27 Mac, mengkritik Islam, dan ayat Qur'an digunakan dengan sewenang-wenangnya dan tidak mengikut konteks.

Ahli majlis perundangan Belanda Geert Wilders menerbitkan filem itu, yang menunjukkan kenyataan daripada paderi yang radikal dan menyebut surah Al-Quran dengan diselitkan imej serangan 11 Sept terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, pengeboman kereta api penumpang di Madrid, Sepanyol pada 2004 dan pembunuhan pengeluar filem Belanda Theo van Gogh di Amsterdam street pada akhir tahun itu.

Sedikit tentang sibangsat Geert Wilder. Beragama Roman Katholik dan pernah berjuang bersama tentera Israel.. Si Bangsat ini pernah menyaran umat Islam negaranya supaya mengoyak Al Quran jika ingin menetap di Belanda. Juga pernah menyatakan bahawa sekiranya Nabi Junjungan kita masih hidup, baginda akan disenaraikan sebagai pengganas. Kenali Musuh anda !!!


Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Dr Mahathir semalam agar produk Belanda dipulaukan hanya mendapat perlian sinis daripada blog pro-zionis dan anti-Islamis seperti Jihad watch dan sebagainya.

Mereka berkata bahawa negara Belanda akan lebih kaya jikalau produk mereka di pulaukan oleh orang Islam kerana negara Eropah pula yang akan membeli produk mereka. Malah mereka memerli dengan mengatakan ekonomi mereka tidak terjejas dengan pemulauan produk ini kerana negara Islam adalah negara miskin. Denmark pernah mengalami kerugian USD 1.5 juta sehari kerana pemulauan barangan mereka.

Maka, marilah kita sama-sama melaksanakan kewajipan ini agar penghinaan kepada Islam mendapat pembalasan yang sewajarnya.

Saya menyeru agar semua pembaca bersama-sama memboikot produk yang dihasilkan oleh Belanda.

BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH - DON'T BUY!!

1. Dutch Lady - Susu

2. Ferrero Roche - Coklat

3. Wall's - Ais Krim

4. Ing -Insurans

5. Planta -Magerin

6. Lady's Choice -Magerin

7. Lipton -Teh

8. Shell -Minyak

9. Knorr -Perisa Makanan

10. Dove -Mandian

11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan

12. Radiant -Deodoran

13. Rexona -Deodoran

14. Ponds -Produk Kecantikan

15. Kieldsens -Coklat

16. Slimfast -Produk Pelangsing

17. Lego -Kismis

18. Philips -Barangan Elektrik

19. Duyvis -Makanan Ringan

20. Gouda -Keju

21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian

22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian

23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian

24. Labello -Lip Balm

25. Pickwick -Teh

26. Venz -Mentega Coklat

27. Kinder Bueno -Coklat

28. Unilever -Syarikat

29. Dumex -Susu Tepung

30. Nutricia -Susu Bayi

31. Sunsilk -Shampoo

32. Fair & Lovely -Produk Kecantikan

33. Lux -Mandian

34. Vaseline -Lip Balm

35. Cif -Pencuci Lantai

36. Surf -Pencuci Kain

37. Wishbone -Pencuci Kain

38. Doriana - Keju Krim

39. Bertolli -Minyak Masak

40. Clear -Shampoo

41. Breeze -Pencuci Kain

42. Sun -Pencuci Kain


*Sudah lama tidak menulis atau "cut and Paste" artikel-artikel yang bagus. Last post 3 november 2007. Minta maaf pada rakan-rakan. Lebih kepada membaca blog-blog orang lain. Seperti sedia maklum, isu sekarang sangat banyak dan panas. Mohon kebenaran kepada tuan punya artikel. Tak tahu siapa yang menulis. Namun atas kesedaran "cut and paste" juga dekat blog ini. Minta kebenaran.